CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Niat Nak Bawa Ibu Pergi Umrah , Tapi Abam Kena Tipu

1-6-2018 03:30 PM| Diterbitkan: Cari-Amirah| Dilihat: 8178| Komen: 42|Original author: Oleh: Amirah

Dari dahulu hinggalah sekarang, ada sahaja kes penipuan pakej umrah yang disediakan oleh syarikat yang tidak bertanggungjawab sehingga membawa lari kesemua wang yang diambil oleh jemaaah-jemaah yang mahu ke tanah suci.


Abam Bocey juga telah menjadi mangsa penipuan apabila niat murninya untuk membawa ibu ke tanah suci berakhir dengan kekecewaan.

Foto: IG Abam
Dia terpaksa menanggung kerugian sebanyak puluhan ribu ringgit akibat penipuan yang dilakukan oleh syarikat pelancongan yang menawarkan pakej umrah tersebut. Bayaran penuh telah dibuat yang membabitkan dirinya dan dua lagi ahli keluarganya.

Foto: IG Abam

“Selepas membuat bayaran penuh, pemilik syarikat terbabit menunda beberapa kali tarikh penerbangan membuatkan saya berasa tidak sedap hati.

“Selepas itu, pemilik syarikat terbabit terus senyap sehingga sekarang. Sepatutnya saya dan ibu bertolak pada 5 Disember lalu, bagaimanapun impian kami untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci buat kali pertama musnah”, katanya pada Harian Metro.

Foto: IG Abam
Abam redha dengan apa yang berlaku dan tidak akan mengambil tindakan terhadap pemilik syarikat tersebut.

“Biar Allah saja membalas perbuatan mereka itu. Saya reda dan percaya setiap berlaku ada hikmah disebaliknya.

“Barangkali mungkin belum rezeki saya membawa ibu menunaikan ibadah. Insya Allah kami bercadang menunaikan umrah hujung tahun ini atau awal tahun depan,” katanya.

Foto: IG Abam
Berat ujian yang Abam tanggung. Moga Abam tidak berputus asa mencari rezeki dan dipermudahkan niat membawa ibu ke tanah suci. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote besarkecik 1-6-2018 03:37 PM
Begitu mudah sekali memaafkan mereka
Quote prettyuglybabe 1-6-2018 04:00 PM
sebab manusia yang bertindak/berfikir tak bijak macam beliau la penipu makin membiak dan akan ada orang lain pulak kena tipu dengan company tu..
Quote no_el 1-6-2018 04:02 PM
Kenapa x pergi dgn company yg mmg ok mcm andalusia or tabg haji travel
Quote qoqoelma 1-6-2018 04:04 PM
Senang betul sykt penipu ni kan..konsepnya org kena redha dgn penipuan diorg..geram pulak
Quote shanshero 1-6-2018 04:10 PM
perlu ke redha lepas di tipu. ntah nama abam pun
di guna skali untuk tujuan menipu. kena ambik tindakan agar kejadian tak berulang
Quote shanshero 1-6-2018 04:11 PM
perlu ke redha lepas di tipu. ntah nama abam pun
di guna skali untuk tujuan menipu. kena ambik tindakan agar kejadian tak berulang
Quote munchkin 1-6-2018 04:11 PM
Buatlah satu website dan update syarikat berdaftar utk mengelakkan penipuan.
Quote fushimi 1-6-2018 04:11 PM
lain kali mohon bagi tahu nama company travel

orang dah tipu ko pun masih tak berani nak bersuara

Quote miemiecha 1-6-2018 04:12 PM
baik sgt abam nih
Quote shernazz 1-6-2018 04:25 PM
Senang kan naknkaut untung jual.agama.begini
Penipu tu entah entah nhah berjimba plak kat london...eh..
Quote silampumeja 1-6-2018 04:41 PM
Takziah abam. mgkin tak diizinkan olehNya lagi untuk sekarang... Next insyaAllah...ALLAH bila dia nak izin ke sana macam2 ujian dia bagi...di sana nanti Allahuakbar seribu satu nikmat ...semoga Abam kuat dan dipermudahkan urusan akan dtg
Quote adel7 1-6-2018 05:03 PM
kadang2 pikir jela knp syarikat yg boleh dipercayai offer harga mahal sikit. nak selamat pegi la under thtravel ke krs ke andalusia ke utas travel ke...
Quote airmineral 1-6-2018 06:34 PM
Take legal action plis utk kemaslahatan orang lain. Duit xluak boleh la senang2 maafkan...huhu
Quote RatuDunia94 1-6-2018 11:22 PM
Mesti agen yg tipu heols tu tawakan pakej umrah 7 hari jah.. Pastu hotel betul2 depan kaabah. {:smile
Quote idadae 1-6-2018 11:28 PM
adel7 replied at 1-6-2018 05:03 PM
kadang2 pikir jela knp syarikat yg boleh dipercayai offer harga mahal sikit. nak selamat pegi la und ...

Tp kn, pakej yg abam amik tu xdelah murah pun..puluh ribu untuk 3 org..kire mhl dah tu..
Travel agent mane lah yg abam amik tu
Quote purpler 2-6-2018 04:05 PM
teringat kes pereka fesyen indonesia yg kaya sbb menipu org yg nk pergi umrah & haji....
skrg suami isteri meringkuk dlm penjara 18 ke 20 tahun mcmtu...
benda mcmni jgn pandang ringan dan lepaskan je diaorang...
negara kita pun ada undang2...
Quote kiambang 2-6-2018 04:11 PM
Kena bagi tau juga company umrah yang menipu ... orang lain akan berhati hati .. lagi satu pergi dengan agent yang dah ada nama boleh refer dengan tabung haji agensi umrah yang berdaftar.. mahal xpe .. apa pun semoga Abam sefamily dapat pergi  buat umrah pada masa hadapan ..
Quote kucen_miang 2-6-2018 05:38 PM
redha tak bertpt ko bam, ambik la tindakan undg2 supaya org lain tak kena tipu pulak.
Quote Knowlee 2-6-2018 05:49 PM
Patut buat police report. Nak gi travel atau umrah, kena check betul2 travel company tu legitimate atau tidak. Sebolehnya jangan pakai agent. Terus pegi ke pejabat travel agent tu je. Agent agent ni banyak betul yg menipu, tak kira la apa bidang sekalipun.

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:04 PM GMT+8 , Processed in 0.098931 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top