CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Sedih Lihat Orang Kaya Bolot Segala Bantuan Milik Anak-anak Miskin - Netizen Turut Kecam

7-6-2018 11:42 AM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 5453| Komen: 18|Original author: Oleh: Whitney

Seakan biasa dalam masyarakat kita, apabila seseorang mempunyai kuasa, pangkat dan wang ringgit, dia akan mendapat keistimewaan berbanding mereka yang tidak mempunyai apa-apa. Maka yang miskin atau tidak mempunyai apa-apa ini terpaksa berusaha dengan gigih dan redha atas nasib mereka.



Seorang pengguna twitter bernama Daniel Farhan menaikkan satu status sekadar memberi pandangannya sebagai seorang anak muda dan juga rakyat Malaysia. Dia berharap agar nasib anak-anak miskin lebih terbela dan terhapusnya jurang sosio ekonomi antara orang kaya dengan orang miskin.

Rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan lelaki ini. Netizen juga sedar akan kewujudan jurang antara golongan kaya dengan golongan miskin dalam pemberian hak sebagai rakyat Malaysia. 

Netizen kesal kerana ramai golongan kaya yang menggunakan kabel bagi mendapatkan tempat dan biasiswa sedangkan mereka terlebih mampu. Sekaligus ia telah meragut hak golongan miskin yang sepatutnya mendapat tempat dan biasiswa tersebut.


Tidak dinafikan, ramai golongan yang berkuasa memonopoli segala bentuk bantuan yang sepatutnya diperoleh oleh mereka yang memerlukan. Netizen berharap pihak yang diberi amanah itu memilih mereka yang layak tetapi tidak berkemampuan.


Lagipun, yuran dan persediaan bagi memasuki sekolah-sekolah berasrama penuh juga boleh tahan mahalnya. Golongan miskin dan kurang berkemampuan akan berfikir banyak kali sehingga ada yang terpaksa menolak kerana tidak cukup wang.


Apa pendapat kalian? Atau kalian juga pernah berhadapan dengan situasi seperti yang dikatakan oleh lelaki ini? - CARI 

11

Bagus
35

Marah
8

Terkejut
20

Sedih
8

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (91 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote harkktuih 7-6-2018 12:29 PM
ada seorang anak ex timb mnteri study kat satu kolej..result so so je, course pun stakat tourism. so dia apply utk smbung belajar luar negara despite result so so je, and apply full scholarship. of course lah mmg x lepas kan, then bapak dia ni gi kementerian, guna kabel end up bdk ni dpt spot utk sambung study luar negara dgn full scholarship. kesian lah dgn bdk2 yg lebih layak..
Quote mjla 7-6-2018 12:49 PM
Masalah berpuluh taun dah
Sapo yg boleh handle menda ni
Zaman sumer PM fail
Lg skali zmn PM yg sama
Jgn hengat blh berubah
Quote ninjago 7-6-2018 01:00 PM
setuju 200%. pulangkan pada yg hak.
Quote mommymonster82 7-6-2018 01:31 PM
Ini betul..
1 of my student pnah bgtau dia dapt masuk sekolah hebat tu sbb kabel.... so sad..ni citer dalam 3 ke 4 tahun lepas
Quote Minami2013 7-6-2018 01:35 PM
Isu kabel ni dah lama... patut nya kena lebih telus masa pemilihan...
Quote najib888 7-6-2018 01:55 PM
Benda dah berkurun lama..  org ada duit ada kuasa ni memang ramai macam celaka.. 2009 gigih aku & sorg kawan p HQ Sirim Shah Alam nak hantar resume..
sampai je opis, dengar staf dok sembang, “position engineer  ni mcm mana?” Sorg lg pula jawab, “ Dato reserved utk anak dia.. tapi tak tau la.. anak dia kata nak rehat jap sbb baru abis study. 3 bulan lagi kot masuk keje”
Memang babi ahh...
Quote haryatie 7-6-2018 02:37 PM
benda biasa bukan dlm hal ni saja
ada kabel semua senang dpt
Quote munchkin 7-6-2018 10:41 PM
Kesian   
....
Quote 234126 7-6-2018 11:11 PM
Pernah keja dgn colleague yang ada master tapi nak use maybank online bank transfer pun tak tahu. Apatah lagi keja2 executive lain2 kan mcm arrange events and stuff. Nampak la pakai cable dia tu, gaji besar 5k (at that time it was) tp kerja semua orang lain buat sebab end up dia taktau apa. Kita pulak yg suicidal rasa, so i quit.  Ceo yang hire dia pun dah melingkup kes rasuah. Hope management baru reject je la yang cable2 ni unless dgn valid related experience.

sori ot. Pantang and trauma dgn perkataan cable. :p
Quote putriTS 9-6-2018 04:42 AM
Tak tau la nak ckp ini dlm kategori apa, most probably dlm kategori manipulating  the system kot? My jiran sebelah rumah, 9-10 tahun lepas. Wifenya pegawai govt n the husband pulak one of big boss dlm MAS. Anak2 dorang yg sekolah menengah, semua dihantar balik kg kat Kedah, duduk dgn atuk n nenek. sebabnya? utk dpt kuota luar bandar in case nak apply for scholarship n all. Chances utk dpt under kuota luar bandar lebih tinggi kot?
Tapi anak2 nya takdela bodoh, jenis bijak la jugak.
Quote bungarose 9-6-2018 05:48 AM
Kalau masih berterusan...produk2 yg bagus hebat semuanyer xmendapat tempat...yg pemalas n tak cerdik plak diberikan tempat hanya kerana ko berduit. Bayangkan company ditadbir oleh orang2 camnih.
Org yg dh biasa terhidang segalanyer depan mata tanpa usaha aper2 takkan bleh jd pentadbir yg baik...end up diorg hanya tahu bkerja jika ader duit...ala2 cash is king
Quote batmana 9-6-2018 03:08 PM
patut SPRM banteras juge bnda2 kabel cmni..

dorg dh lupe diri tu, lupe kt akhirat nnti menjawabla makan hak anak2 yatim, org susah bagai..
Quote cmf_premierleag 9-6-2018 11:52 PM
najib888 replied at 7-6-2018 01:55 PM
Benda dah berkurun lama..  org ada duit ada kuasa ni memang ramai macam celaka.. 2009 gigih aku & so ...

Tabung Haji HR pun sama jah
Abang aku citer dia g interbiu post senior manager...sokseksoksek dgr staff HR membawang ckp yg ada satu candidate ni mmg komfem dah dpt..yg korang sume dtg reramai interbiu ni hanya utk formality jah
Since then, mmg family  akak hv no respect to TH sbg institusi kewangan
Family Akak withdraw sume deposit TH dan tinggalkan syarat minima utk g haji jah
Babi sial punya HR Tabung haji
Quote felinecat 10-6-2018 09:06 PM
haaa, kan.stress dgn bende2 camni. kawan aku dgn bangganya citer mak die org besar bahagian pendidikan, senang nak dpt ape2. lol. 7 keturunan makan harta manipulasi..#kembalikanhak
Quote tobobon 11-6-2018 10:01 AM
cmf_premierleag replied at 9-6-2018 11:52 PM
Tabung Haji HR pun sama jah
Abang aku citer dia g interbiu post senior manager...sokseksoksek dgr ...

mmg mcm tu pun dari dulu... glc, agensi kerajaan, semua yang diambik mesti ada kabel kuat..

yang xde kabel pun ada juga...dalam 10% gitu..secara halus nak tutup yang depa x pilih kasih konon..tapi kat dlm ofis tu semua orang tau yang diambik tu ada kabel baekkkkk punya
Quote haruslah 11-6-2018 03:11 PM
zaman sekarang sume pakai kabel

so tayah nak hencap pemimpin tu rasuah bagai

korang yg kat bawah pon gigih berkabel bagai kan?

agak2 kalau korang ade jwtn hebat mcm menteri pon korang same gak gelap mata
Quote annehuda 11-6-2018 04:20 PM
haruslah replied at 11-6-2018 03:11 PM
zaman sekarang sume pakai kabel

so tayah nak hencap pemimpin tu rasuah bagai

jangan samakan semua org mcm tu. selalunye yg pakai kabel ni mmg melingkup kualiti keje die. tak semua orang mengharapkan kabel utk dpt kerja atau tempat yg die nak.ade jugak yg ikhlas n rajin bekerja. ade yg mmg tak hadap pun kabel ni. asalkan gaji dan pendapatan berkat. ko hengat suma org kt malaysia ni tamak mcm kerabat panglima bugis tu ke?
Quote haruslah 11-6-2018 05:28 PM
annehuda replied at 11-6-2018 04:20 PM
jangan samakan semua org mcm tu. selalunye yg pakai kabel ni mmg melingkup kualiti keje die. tak s ...

Mmg x semua rakyat malaysia gitu
Tp mostly gitu..nak kn sesuatu pakai kabel, kalau x rasa down sgt...sbb x yakin dgn usaha sendri. Dan yg tukang luluskn pon akan pilih yg diorg kenal...
Tamak ni dlm pelbagai cara....kena saman mintak kawtim halfprice pon tamak gak....hahaha. ex pm jd gitu sbb mmg byk "cobaan" keliling dia. X tahan cobaan.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:14 PM GMT+8 , Processed in 0.283961 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top