CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

11.30 Pagi Dah Buka, Kedai Di Rantau Panjang Selamba Jual Makanan

11-6-2018 12:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3957| Komen: 24

Dibuka seawal 11.30 pagi, pelanggan boleh mendapatkan pelbagai lauk di beberapa kedai terbuka yang terletak di Rantau Panjang.

Tanpa perlu ikut tingkap atau masuk melalui pintu belakang, pelanggan yang datang bukan sahaja wanita,malah kaum lelaki juga.


Sinar Harian melaporkan, ada lebih 30 jenis lauk pauk dan kuih muih dijual.

Foto: Sinar Harian
Seorang penduduk, Saripah, 58 berkata,  “Kedai itu juga berada di tepi jalan, tidak tersorok atau beroperasi secara tersembunyi.

“Ramai pelanggan membeli makanan di situ. Saya juga tak pasti sama ada mereka sedar atau tidak, mereka sebenarnya menyokong tindakan peniaga yang membuat kesalahan ketika bulan puasa."


“Sebelum ini saya ingatkan dia (peniaga) dapat kelulusan daripada pihak berwajib untuk berniaga lebih awal daripada waktu ditetapkan.

“Lepas jiran maklum perkara sebenar, saya tidak lagi membeli makanan di kedai itu biarpun untuk cucu saya berusia 6 tahun yang tidak berpuasa."

 Setiausaha Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM), Muhammad Zaidi Mat Jusoh menegaskan, peniaga sepatutnya tidak membuka kedai makan atau menjual makanan sebelum jam dua petang.

“Kita sentiasa mengadakan operasi bersama Majlis Agama Islam Pasir Mas, membabitkan premis perniagaan kedai atau gerai makan sejak awal Ramadan.

“Penduduk perlu membuat laporan kepada pihak MDPM atau Majlis Agama Islam di daerah masing-masing supaya tindakan dapat diambil dengan segera." -CARI
14

Bagus
31

Marah
5

Terkejut
3

Sedih
20

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (84 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote paz 11-6-2018 12:35 PM
NZ Wangsa Maju tu pun sama selamba aja lelaki melayu tapau makanan.
Quote mjla 11-6-2018 12:41 PM
Malaysia baru
Liberal sket
Pejabat agama pung slow
Quote ninjago 11-6-2018 12:43 PM
konsep dia selagi takde yg makan kt tempat terbuka takpe kan. mungkin ada yg menapau tuk anak2 kecik.. kat USJ pun ada org jual nasi lemak pepagi cam biasa..mungkin ada demand dr non-muslim tuk breakfast.
Quote sqlite3 11-6-2018 12:47 PM
Ada larangan dalam agama ke menjual dan membeli makanan waktu pagi dibulan ramadan?
Quote damian_lee 11-6-2018 12:47 PM
Tal boleh eh??? Just WOW sangat konsep xboleh ... LOL
Quote duri_durians 11-6-2018 01:13 PM
elok je kak dgn makcik pakcik jual nasi lemak dan pelbagai makanan pagi2 kat stesen ktm ni?

jadah apa undang2 tak boleh bukak/ jual pagi2?

Quote rospinki 11-6-2018 01:16 PM
kalau order kfc bole kan?
Quote zaraaqilah 11-6-2018 01:54 PM
rospinki replied at 11-6-2018 01:16 PM
kalau order kfc bole kan?

boleh jerrr.....asalkan jgn makan sana..
i tgk kul 10 dah berpusu2 kete masuk mcd drive thru....
majoriti lelaki melayu k....husnuzon...tuk anak binik kottt...
Quote Changa 11-6-2018 01:59 PM
sqlite3 replied at 11-6-2018 12:47 PM
Ada larangan dalam agama ke menjual dan membeli makanan waktu pagi dibulan ramadan?

Takde, acik2 kepam sunni lembam ini jah buat hukum sendiri dan klem itu hukim tuhan.
Quote krustykrab 11-6-2018 02:24 PM
sqlite3 replied at 11-6-2018 12:47 PM
Ada larangan dalam agama ke menjual dan membeli makanan waktu pagi dibulan ramadan?

tu lah, aku rasa as long as dia tapau makan kat rumah sendiri, tak jadi masaalah...sbb mungkin dia ada sakit ke, ataupun tapau utk anak bini ke.

makcik jual nasik lemak kat rumah aku biasa je dia buka gerai hari2, dah itu je kerjaya beliau..kalau tak niaga nak sara hidup celah mana...kdg kalau teringin sgt sambal nasik lemak beliau, aku tapau utk berbuka sambal tu.ptg masak nasik lemak sendiri.


Quote chicozinn 11-6-2018 02:28 PM
dah bertahun da kat tempat meollss ni pkul 10 da pacak payung jual nasi beriani & nasi tomato..tahun lepas meollss masa peknen da tunggu hari meollss xlarat pose pon xsanggup nak beli dari deyoollss..rasa bersalah lak tau
Quote iloveselangor 11-6-2018 02:29 PM
Biar la dia nk berniaga...yg kau kerja banyak mengular bulan puasa semata-mata nk ellak puasa kau pecah tu boleh pulakk
Quote chazey 11-6-2018 02:34 PM
Biar la meka tak puasa. Ntah2 yang tak puasa tu abang2 yang buat keja 3D.
Quote cik_chili 11-6-2018 03:04 PM
Ini smua salah kerajaan ph...



Kata cai ameno
Quote whitePoison 11-6-2018 03:06 PM
So ape masalahnye?
Quote shernazz 11-6-2018 03:08 PM
Kat tmpt.iols...penjual.lemang bersahur pukul 10am..
Maybe dia terlajak kan..jadi dia tunggu azan zohor sebagai imsak....
Quote ninnakarinna 11-6-2018 03:16 PM
Aku kalau bab2 solat, puasa ni kan..ko ajar la anak masing2 basic yg cukup kuat..tanam iman anak2..kalau ko x mampu, hantar la ke tempat yg mampu..lepas tu..buat la praktikal solat n puasa seawal mungkin..doa banyak2 biar amalan tu lekat sampai akhir hayat dia..

Kalau dah besar panjang x solat x puasa, bukan tanggungjawab mak pak lg..tp adakah ianya menjadi tanggungjawab penguasa pulak?
Quote jahcomel 11-6-2018 03:24 PM
kita jgn cepat berprasangka buruk ngn makcik2 bniaga lauk pauk nih, kt tmpat aku nih pun kul 11pg dh buka kedai utk jual lauk pauk n kuih muih aku pn gi beli jgk tp utk bbuka posa mghrib karang lh bkn nye x posa, kalu lambat beli sekejap je abis lauk tu...kdg2 kalu kita ade anak kecik nih budak2 bkn tau pe pn posa nih diaorg tau nk mkn, jd baik beli y dh siap bg diaorg mkn...cam anak2 aku nih xkira lh bulan posa or tak diaorg kalu bab2 mkn nih non-stop...jap2 nk makan jap2 nk makan
Quote missinpiece 11-6-2018 03:29 PM
Teringat kawan iols tanak bersubahat orderkan delivery mekdi utk weols yg uzur..
Guna akaun dia senang x payah nak bagi2 alamat. Dahla tempat susah nak jumpa

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:53 AM GMT+8 , Processed in 0.063732 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top