Jaguh bertahan Piala Dunia, Jerman yang memulakan aksi pertamanya dalam perlawanan Piala Dunia yang berlangsung di Moscow, Rusia awal pagi tadi, tanpa disangka-sangkakan menjadi pasukan dari Eropah yang pertama mengalami kekalahan dalam temasya kali ini. Dilaporkan Mexico yang tidak bermain secara bertahan sebaliknya mengadakan serangan balas berjaya menumpaskan pasukan Jerman 1-0 menerusi jaringan satu-satu golnya oleh Hirving Lozano pada minit yang ke 35. Memetik laporan Berita Harian, jurulatih Jerman, Joachim Loew mengakui pasukannya mempamerkan persembahan yang sangat teruk pada babak pertama sehinggakan Jerman tewas perlawanan pembukaan di Piala Dunia buat kali pertama dalam tempoh 36 tahun.
"Kami tidak dapat bermain seperti biasa, serangan kami dan hantaran tidak menjadi." "Pada babak kedua, kami lebih memberi tekanan tetapi Mexico kembali bangkit." Tegas Loew, pasukannya mesti kena bangkit semula untuk bersedia dalam perlawanan akan datang bertemu Sweden pada 23 Jun ini di Sochi. "Esok kami perlu terus pandang ke hadapan dan melupakan perkara ini."- CARI |
2
Bagus |
3
Marah |
14
Terkejut |
5
Sedih |
11
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT