Dato' Seri Vida, usahawan kosmetik yang tidak pernah sunyi dengan kontroversi. Ada sahaja cerita mengenainya, baik positif mahupun negatif.
Pelbagai tohmahan dilemparkan kepadanya tidak mematahkan semangat wanita berusia 47 tahun ini. Malah, tidak ramai yang tahu di sebalik sifat cerianya tersimpan kenangan pahit dan sedih dalam kehidupannya yang pernah kehilangan dua orang putera hatinya dalam kebakaran beberapa tahun lalu. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul... Mengenang kembali peristiwa hitam yang berlaku pada bulan Syawal itu, Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman telah memuat naik foto dirinya melawat pusara arwah anak-anaknya di laman instagram dengan kapsyen:
"Hapuslah air mata, duka lara kehilangan dua putera tersayang. Bersemadi di alam barzakh. Siapa mampu hadap, dua sekali pergi?" Bagaimanapun, gambar tersebut mengundang banyak kritikan dan komen negatif daripada netizen yang menganggap perbuatan DSV duduk di atas pusara yang terletak bersebelahan pusara anak-anaknya itu sebagai tidak beradab. Tolong hormat kubur orang lain... Dalam pada itu, ada juga yang meminta supaya DSV bersabar dan menerima ketentuan-Nya dengan tabah. Kami harap, DSV terus kuat menghadapi dugaan yang melanda dirinya dan terus berjaya dalam kehidupan kelak. -CARI
|
ADVERTISEMENT