Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz membuat penafian berhubung kenyataan sesetengah pihak bahawa UMNO bakal bekerjasama dengan PAS!
Tambah beliau, kerjasama kedua-dua parti itu hanya akan berkesudahan dengan timbul pergolakan sesama sendiri. Menurut laporan Malay Mail, ketika pilihan raya umum ke-14 yang lalu telah wujud kerjasama yang rapat antara UMNO dengan PAS. Lebih-lebih lagi, kini Barisan Nasioanal sedang berdepan risiko pembubaran. jadi berkemungkinan besar kedua-dua parti terpaksa bekerjasama semula untuk memperkukuhkan lagi kedudukan masing-masing. Namun bagi bekas menteri pelancongan itu kerjasama antara UMNO dengan PAS mustahil dapat mencapai persetujuan.
“Saya tidak fikir begitu, saya tidak fikir kami akan bekerjasama, kerana kedua-dua akan bertanding di kerusi yang sama.” “Saya pastinya bukan pendukung idea perjuangan Islam. Saya tidak dapat menerima politik berasaskan agama, malah saya menentang keras.” Tambahnya, Malaysia sebagai negara majmuk tidak dapat sejalan dengan politik keagamaan yang dibawa PAS. Dalam situasi sedemikian, dirinya lebih rela berpihak kepada Pakatan Harapan, tegasnya. “Saya lebih rela bekerjasama dengan DAP dan Keadilan (PKR) kerana saya sendiri bukan pendukung ideologi perjuangan Islam,” katanya.- CARI |
8
Bagus |
16
Marah |
28
Terkejut |
12
Sedih |
30
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sharlenetexas replied at 19-6-2018 12:55 PM
Hints nak lompat2 PH?
annehuda replied at 19-6-2018 01:12 PM
tetiba munculkan diri ingatkan dh migrate pegi france
sharlenetexas replied at 19-6-2018 05:20 AM
Stuck kat padang rengas
samasam90 replied at 19-6-2018 01:29 PM
tayar keta masuk lumpur/ jem sejak pru?
Maideen. replied at 19-6-2018 01:14 PM
Rasanya " Pakatan Awloh" atau " Pakatan Akhirat" (singkatannya " PA") adalah nama nama yang sangat ...
alesandra replied at 19-6-2018 01:08 PM
dia pun dulu takde bashing sgt dap ngan pkr kan
ADVERTISEMENT