CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tragedi Promosi Makan Sampai Puas, Restoran Bankrap Dalam Dua Minggu

21-6-2018 12:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6279| Komen: 40

Sebuah restoran yang menawarkan promosi makan sampai puas terpaksa ditutup gara-gara mengalami kerugian.

Restoran yang terletak di Chengdum wikayah Sichuan, China itu ditutup dalam tempoh kurang dua minggu selepas pelanggan tidak henti-henti menikmati makanan yang dihidangkan.


People’s Daily Online melaporkan, Restoran Jiamen’er menanggung hutang yang tinggi selepas ramai pelanggan duduk di situ sepanjang hari semata-mara untuk makan.

Foto: People Daily's Online
Difahamkan sebelum ini pada 1 Jun restoran tersebut melancarkan promosi dengan menjemput pelanggan yang memiliki kad keahlian untuk makan sebanyak mana yang mereka mahu.

Yuran yang ditetapkan hanyalah 120 yuan (RM74.40) sebulan.


Tujuan asalnya adalah untuk menarik minat pelanggan untuk datang namun segala-galanya bertukar menjadi sebaliknya apabila 20 meja yang ada sentiasa dipenuhi dengan kira-kira 500 orang sehari.

Ada juga pelanggan yang memberikan kad keahlian mereka kepada rakan-rakan supaya mereka juga boleh makan tanpa dikenakan bayaran.

Kad keahlian tersebut tidak memiliki gambar pemiliknya dan sukar bagi pengurusan restoran untuk menghalang mereka dari menggunakannya.

“Punca utama kegagalan ini adalah kegagalan kami menggunakan sistem pengecaman wajah,” katanya.

Hutang yang ditanggung restoran mencecah 50,000 yuan (RM31,000) dalam tempoh 11 hari selepas menjual 1,700 kad keahlian berkenaan. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miznora 21-6-2018 12:30 PM
kesiann tokeyy
Quote haryatie 21-6-2018 12:31 PM
siannya...
Quote Atata 21-6-2018 12:38 PM
wakakakaka... cina pun boleh fail berbisnes ke?
Quote ell768 21-6-2018 12:41 PM
bodoh laa jugak idea tu...naya pulak
Quote MissNigga 21-6-2018 12:43 PM
Eat till your drop kekdahnya
aleh aleh ... business ko yang drop

Quote meow_tompok 21-6-2018 01:12 PM
idea member card tu mmg dah bagus.. tapi byk kelemahannya.
Quote ultra78 21-6-2018 01:22 PM
Macam tak tahu puak-puak mainland. Selagi ada kesempatan mereka akan ambil peluang

Quote ohnoLia 21-6-2018 01:31 PM
Takpe tauke... boleh try lagi
Quote paz 21-6-2018 01:35 PM
Alamak salah strategy
Quote taikor 21-6-2018 01:38 PM
masa belajar dulu tengok ummah mainland semua kuat makan. Nasi bertimbun tinggi. First time tengok tergelak
Quote fliphair8 21-6-2018 01:58 PM
Ummah prc ni mmg species batak....tengok je le kat hotel bufet....mak aihhh....macam kebuluran lagaknya
Quote kenarikelabu 21-6-2018 02:03 PM
Strategi tah apo2.....maun nyer x melingkup bisnes.
Quote umbut 21-6-2018 02:15 PM
China dah terkenal seluruh alam buruk lantak.. tamak.. x sedar2 ke.. system pun fail.. lain kali buat gambar,ic.. mkn x leh bazir.. lebih brp gram terbuang.. caj
Quote moonbug 21-6-2018 02:22 PM
Implementation tak betul
Quote rosasen 21-6-2018 02:22 PM
tapi kat malaysia ni ada je..cuma lama2 lingkup sebab xde sape pergi dah.. x sedap kot..
Quote syaz_lina 21-6-2018 02:23 PM
adoi ko lupa ke perangai hazabedah kiasu rakyat mainland tu
yuran tu ko letak beribu baru berbaloi
Quote sharlenetexas 21-6-2018 02:24 PM
Kad tu takde no IC ke? Takyah guna pengecaman gambar.
Quote sharlenetexas 21-6-2018 02:25 PM
Pelahap mcm babi
Quote Burong_Hantuk 21-6-2018 02:59 PM
melingkup

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:10 AM GMT+8 , Processed in 0.042925 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top