CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

"Asyik Ketupat, Rendang Dan Lemang Je" - 6 Menu Rare Rumah Terbuka, Pasti Tetamu Suka!

26-6-2018 12:28 PM| Diterbitkan: Cari-Faizal| Dilihat: 9674| Komen: 25|Original author: Oleh: Faizal

Menu yang popular ketika menjelang hari raya tak lain tak bukan ketupat, rendang dan lemang. Tapi kalau sampai hari ke-20 syawal pun masih berketupat dan lemang, tetamu pasti akan bosan. 

Ditambah pula dalam hari yang sama ada jemputan 10 buah rumah terbuka yang menyajikan ketupan, lemang dan rendang je. Boleh muak dan muntah rasanya kan.



Apa kata kita lari sekejap dengan menu-menu hari raya untuk rumah terbuka anda. Sediakan menu yang agak rare yang rumah lain tidak buat. Jika anda mahukan juadah rumah terbuka anda lain dari yang lain, jom cuba 6 jenis idea menu menarik ini.

1. Nasi Dagang

Foto: Cooking With Marina Mustafa


Jarang rasanya semasa raya orang buat Nasi Dagang kan? Mungkin tak ramai yang buat. Jadi apa salanya untuk rumah terbuka nanti, sediakan Nasi Dagang pada tetamu yang hadir. Sudah pasti ia lain dari yang lain dan yang pasti nasi yang anda masak akan habis licin nanti.

2. Laksa Johor

Foto: Makansutra

Bukan bermakna Laksa Johor ni boleh dinikmati di Johor sahaja tau. Menu ini jarang orang buat ketika hari raya. Jadi, tak kita di negeri mana anda berada, jom belajar buat Laksa Johor dan impresskan tetamu anda nanti. Tentu mereka teruja dan sangat suka.

3. Mee Bandung Muor


Foto: Findbuluos Travel

Siapa tak kenal dengan menu yang begitu popular ini. Tapi ketika di hari raya, jarang kita dapat merasa Mee Bandung Muar kan. Jadi, apa kata sediakan menu ini di rumah terbuka anda nanti. Rasanya yang sedap sudah pasti membuatkan para tetamu yang datang ke rumah anda gembira dan pulang dengan senyuman dan kekenyangan dek Mee Bandung Muor yang tak dapat ditolak biarpun mereka sudah kenyang.

4. Nasi Ayam

Foto: Rasahub.com

Ha! Mungkin nasi ayam mudah kita dapatkan di hari-hari biasa. Tapi, ketika hari raya, susah kita nak melihat menu ini sebagai sajian dirumah terbuka. Semua masih lagi terbayang dengan ketupat dan lemang. Jadi, boleh juga jadikan nasi ayam sebagai idea sajian untuk rumah terbuka anda nanti.

5. Koktail


Foto: Google

Raya-raya pasti ramai yang sajikan air botol yang bergastu kan. Boleh cuba koktail susu ataupun buah-buahan sebagai pembasah tekak untuk tetamu anda. Nak buat koktail ni pun mudah je kan? Dengan rasa buah-buahan di dalam koktail anda tu, sudah pasti buat tetamu anda tambah berkali dan susah mereka nak balik nanti.

6. Roti Jala

Foto: Vemale.com

Roti jala turut boleh dijadikan sebagai menu untuk rumah terbuka. Makanan yang mudah dibuat ini dapat menghasilkan quantiti yang banyak dimana ianya akan menampung tetamu anda yang banyak. Justeru itu, nasi mungkin akan menyebabkan anda penat dan mengantuk untuk kembali ke tempat kerja, makanan alternatif untuk mengelakkan mengantuk ialah roti jala yang merupakan makanan yang tidak terlalu berat. - CARI 
13

Bagus
11

Marah
12

Terkejut
6

Sedih
7

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (54 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pearl.silver 26-6-2018 12:32 PM
Raya ke sepuluh dpt lemang sebatang
Last2 mkn ngan sambal bilis..kejap je licin.
Org xkuasa nk mkn rendang2 dah
Quote pearl.silver 26-6-2018 12:32 PM
Raya ke sepuluh dpt lemang sebatang
Last2 mkn ngan sambal bilis..kejap je licin.
Org xkuasa nk mkn rendang2 dah
Quote mzzenma 26-6-2018 01:25 PM
Mee bandung dgn roti jala takde lah rare mana..ada je bersepah time raya..
Quote CardiGans85 26-6-2018 02:54 PM
Dtg rumah org dan di jamu mkn rendang ketupat, kira untung. Drpd dtg jauh2 dan x dpt apa2.

Hargai lah dgn apa yg ada.

Btw, Laksa johor kira hidangan mewah sbb kena guna ikan parang. Ada rezeki lbh boleh la..
Quote awanearisu 26-6-2018 02:56 PM
Roti Jala kita paling suka. Nasi kerabu, nasi dagang kerap juga jumpa. Mi bandung Muar tak susah sebab banyak jual pes. Tinggal sesuaikan ikut citarasa sendiri. Soto pun ada pes segera.

Kita jarang jumpa bihun Kari letak kerang. Laksa Sarawak pun pernah rasa yang sedap. Memang terkenang-kenang
Quote lyza2474 26-6-2018 03:06 PM
hok aloh rare celah mana ??  
Quote raihaneem 26-6-2018 03:19 PM
Lain pada yg lain patutnya..

Saya pun org mai jamu yg biasa2 ja..mee/koteow hailam bandung ka..mee kari, mee jawa..laksa..
Nasi ayam buat kalau tetamu sikit.
Kalau ramai..satgi ayam ja abih, nasi dan sup tak abih..hihi
Quote chinta89 26-6-2018 04:49 PM
dah nama pun raya, itulah menu raya.
Quote icha80 26-6-2018 09:14 PM
Hidang soto lengkap bergedil pun best gak
Quote Rainrein 27-6-2018 08:35 AM
Sedapnye laksa johor. Tapi x penah buat sendiri sebab leceh satu hal, lagi satu laki i x suka so macam rugi masak pepenat i sorang je makan.
Quote syadail 27-6-2018 09:06 AM
kalau buat nasi selalu tak habis. Orang makan sikit2 je.

elok buat mee/mihun berkuah. Laju sikit.

rare yg lain..

roti canai
pecal
kuah durian
Quote misscendol 27-6-2018 02:00 PM
kalau pergi beraya kat terengganu mmg wajib la hidangan die nasi dagang. tp bahagian bukan pantai timur ni mmg hidang makanan raya
Quote mesmerize 27-6-2018 11:31 PM
rayaa hidang la mee udang dengan udang besar2 macam kat penang tu.. baru la rare
Quote 3480 28-6-2018 02:42 PM
Aku teringin nk mkn laksa ganu.. aum aumm
Quote 3480 28-6-2018 02:43 PM
Aku teringin nk mkn laksa ganu.. aum aumm
Quote cacaumerba 29-6-2018 07:28 AM
raya aritu aku hidangkan satay ayam, kambing dan lembu..laju org makan sbb ssah nak dpt..laki aku lak masak nasi arab...
Quote icha80 29-6-2018 09:42 PM
awanearisu replied at 26-6-2018 02:56 PM
Roti Jala kita paling suka. Nasi kerabu, nasi dagang kerap juga jumpa. Mi bandung Muar tak susah seb ...

Raya ke 4 aritu buat mi kari letak kerang.. kebetulan jumpa isi kerang yg fresh
Quote dewi_rina 30-6-2018 10:28 AM
Buat mee goreng basah pun dah licin pinggan tetamu

Lagi2 time panas2 lepas baru masak terus hidang

Quote Felycya 1-7-2018 03:46 AM
Nasi ayam lagi muntah.

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 12:28 PM GMT+8 , Processed in 0.042938 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top