Kanak-kanak berusia enam tahun terpaksa menderita kesakitan apabila sebelah kakinya hancur digilis forklif. Memetik BH Online, kejadian berlaku di perkarangan kilang papan di kawasan perindustrian di Gua Musang pada jam 9.55 pagi tadi.
Menurut ibu mangsa, Ruslida Kamarazaman, 38, kaki kiri Mohd Danial Adha Shafawe digilis kenderaan itu ketika sedang bermain di perkarangan kilang berkenaan. Difahamkan, pemandu forklift tidak menyedari kehadiran kanak-kanak itu di belakang jentera berkenaan dan cuma terdengar jeritan. "Sungguh sedih dengan kejadian ini dan kaki anak mungkin terpaksa dipotong," katanya.
Ruslinda sebelum ini tinggal di kandang kambing dan berpindah ke rumah baharu di Kampung Chegar Bungor dua hari sebelum Aidilfitri. Jelasnya, Mohd Danial tinggal bersama bapanya, Mohd Shafawe Omar, 44, di rumah kongsi kilang berkenaan di kampung sama selepas mereka bercerai setahun lalu. Ketika kejadian, anak keenam daripada tujuh beradik itu dikatakan bermain di kawasan kilang berkenaan sementara bapanya sedang bekerja tidak jauh dari situ. - CARI
|
4
Bagus |
6
Marah |
4
Terkejut |
7
Sedih |
9
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
moonbug replied at 27-6-2018 10:21 PM
Alahai ni family yg duduk kat kandang kambing tu kan? Bertimpa-timpa dugaannya. Semoga diberi ketaba ...
ADVERTISEMENT