Pernah dengar tak pesanan jika di media sosial kena pandai-pandai bawa diri. Jangan terlampau lancang dalam berkata-kata kerana ia mampu mengguris hati ramai pihak. Lebih-lebih lagi bila berbicara tentang isu sensitif seperti agama, terutamanya di Malaysia kerana penduduknya terdiri daripada pelbagai bangsa. Di Twitter,seorang pengguna yang menggunakan nama sebagai @TheusopIbrahim membuat pendedahan tentang beberapa orang yang sesama sendiri mempersendakan tentang Islam. Lebih menyedihkan mereka itu sendiri beragama Islam! Menurutnya dia terkilan dengan sikap sesetangah pihak yang kononnya bersikap terbuka sampai sanggup mempermainkan hukum hakam Allah. Ramai netizen mengecam perkara tersebut dan mendesak supaya mereka segera meminta maaf. Seorang lagi pengguna menyatakan perbuatan mereka ini adalah satu jenayah dan boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana menghina agama Islam. Nak bergurau pun ada batasannya, hati-hati jangan sampai mempersendakan agama. -CARI
|
9
Bagus |
12
Marah |
14
Terkejut |
10
Sedih |
10
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT