Cinta tanpa restu keluarga menjadi punca ibu pengantin lelaki dirogol secara beramai-ramai oleh saudara-mara pengantin perempuan. Laporan Desiblitz menyatakan, Faisal Riza Pichaar mengahwini Shaheen atau Shano pada 2 Mei 2018 di mahkamah.
Malangnya selepas berkahwin, pasangan ini menerima ugutan melalui panggilan telefon daripada keluarga pengantin perempuan. Difahamkan keluarga pengantin perempuan tidak gembira dengan perkahwinan tersebut dan mahu membalas dendam. Kejadian yang berlaku Meer Hazar Khan, Muzaffar Garh, Punjab itu menyaksikan seorang lelaki bernama Abdul Kareem dan beberapa lagi anggota keluarga pengantin perempuan muncul di kediaman Pichaar pada 3 Jun lalu.
Mereka memecah masuk dan mencuri wang tunai dan barangan perhiasan dari rumah tersebut. Pengantin perempuan dan ibu mertuanya diculik sebelum dirogol oleh lelaki yang dikenali sebagai Zahid, Shakil, Zafar dan Aamir. Tambah sadis kejadian tersebut dirakamkan menggunakan telefon bimbit. Susulan kejadian terbabit, Shano tidak menghubungi suami atau pihak pengantin lelaki lagi. Bapa Faisal Riza, Hajra Kausar Pichaar telah membuat laporan polis dan mahu tindakan diambil ke atas perogol isterinya. Malangnya, pihak polis seolah-olah tidak mahu memberi kerjasama dengan alasan tiada bukti untuk mengaitkan perogol-perogol terbabit. Pihak polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai masalah keluarga dan tidak mengambil tindakan serius mungkin disebabkan ia merupakan perkahwinan atas dasar cinta. -CARI
|
13
Bagus |
10
Marah |
3
Terkejut |
17
Sedih |
2
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
dodolgemok replied at 29-6-2018 12:57 PM
Bodoh babi negara sial ni mmg kau rogol ke? India pukistan negara2 sial ni mmg kimak kan?
ADVERTISEMENT