Berikutan kenyataan Dr Maszlee Malik berhubung isu beg sekolah berat, semalam, nama Menteri Pendidikan itu dihentam pengguna media sosial yang kurang senang dengan pendedahannya berhubung isu terbabit.
Memetik Astro AWANI, Maszlee dalam sidang media Kementerian Pendidikan mendedahkan hanya 28 peratus daripada beg pelajar sekolah rendah mengandungi buku teks dan buku aktiviti, manakala 72 peratus lagi terdiri daripada alat tulis, buku kerja swasta, gajet dan lain-lain. Kenyataan itu dibuat berdasarkan Kajian Berat Beg Sekolah Rendah pada 2017 yang dijalankan kementeriannya. Kenyataan Menteri Pendidikan itu, bagaimanapun tidak disokong masyarakat. Malah, ramai yang mempertikaikan kredibiliti Maszlee sebagai menteri. Menteri ni tengah buat kelakar ke? "Ingatkan dia ni spesies cerdik, rupanya glamor je lebih," sindir netizen.
Malah, ada yang mendakwa tiada bezanya Maszlee dengan Datuk Seri Ahmad Maslan, Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Situasi ini membuatkan masyarakat bertambah resah ekoran tiada jalan penyelesaian walaupun isu berkenaan sudah lama dibahaskan. Ya ampun, tak selesai lagi ke isu ni? Pun begitu, tidak semua menuding jari kepada kerajaan, sebaliknya mereka berpendapat pihak sekolah dan ibu bapalah yang sebenarnya patut mengambil peranan mencari penyelesaian. Selain itu, ramai juga tidak menyokong tindakan ibu bapa hari ini yang terlalu memanjakan anak-anak. "Cikgulah yang tak pandai uruskan jadual harian. "Ibu bapa tak pantau ke apa yang ada dalam beg sekolah anak?" komen netizen. Perkara itu disokong segelintir netizen yang merasakan masyarakat terlalu bergantung kepada kerajaan untuk menyelesaikan isu remeh. Tak perlulah semua masalah nak kementerian selesaikan Dalam masa sama, beberapa netizen memberikan beberapa jalan penyelesaian yang boleh dipertimbangkan, antaranya penyediaan lokar di kelas selain pengurangan subjek. |
4
Bagus |
9
Marah |
4
Terkejut |
9
Sedih |
6
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
aurorae replied at 29-6-2018 10:16 PM
anak aku dulu sekolah cina, walau sehari ada 4 subjek, tapi 1 subjek ada 1 buku teks, 1-2 buku kerj ...
duricinta replied at 29-6-2018 07:31 PM
Terlampau byk buku nk kena bawak.. Anak ai drjh 1, 1 hari ada 5 subject, ada buku teks, aktiviti, ...
palmolive replied at 29-6-2018 03:46 PM
zaman sekarang sekolah dah tak buat jadual waktu ker
sarahmirza replied at 2-7-2018 10:03 AM
Ada jadual waktu tapi cikgu yang takde jadual sendiri.
Satu hari 5 subjek, buku teks, buku penuli ...
ADVERTISEMENT