Kemeriahan sambutan hari raya di negara kita masih lagi terasa. Semakin Aidilfitri sampai ke penghujungnya, semakin banyak penganjuran rumah terbuka. Bagaimana pun, ada cerita yang tidak enak di dengar apabila tuan rumah mengadu tetamu yang datang merosakkan harta benda di dalam rumah. Apa yang dikongsi oleh seorang pengguna twitter ini lain pula ceritanya. Habis mati beberapa ekor anak kucing kesayangan tuan rumah setelah diselam ke dalam air oleh anak-anak tetamu yang datang ke rumah. Kenapa sampai macam ni sekali? Inilah mangsa-mangsanya. Kesian anak-anak kucing yang comel ni.
Ini pula kronologi kejadian. Ramai netizen yang geram dengan kelakukan kanak-kanak tersebut. Mereka tidak didik untuk sayangkan haiwan oleh ibu bapa mereka sehingga sanggup memasukkan anak-anak kucing itu ke dalam air. Netizen pencinta kucing semestinya sebak dan sedih apabila anak-anak kucing itu diperlukan begitu. Bagi mereka, tindakan kanak-kanak tersebut begitu kejam. Rata-rata netizen menyalahkan ibu bapa kanak-kanak tersebut kerana tidak memantau aktiviti anak-anak ketika berada di rumah orang. Anak-anak memang ada yang tidak boleh duduk diam dan kerjanya suka mengusik harta benda orang. Bagaimana pun ada juga netizen yang berasa kasihan dengan kanak-kanak yang melemaskan anak-anak kucing itu kerana mereka masih kecil dan banyak perkara dalam hidup yang mereka masih belum tahu dan belajar. Apa-apa pun, mengawal aktiviti anak-anak ketika berkunjung kerumah tetamu menjadi tanggungjawab ibu bapa. Janganlah terlalu asyik atau leka berbual dan menjamu selera sehingga terlupa memerhatikan kelakuan anak-anak walaupun anak-anak sudah biasa berkunjung ke rumah tetamu tersebut. - CARI |
8
Bagus |
4
Marah |
7
Terkejut |
2
Sedih |
6
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT