CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Zeti Tahu Kewujudan RM2.6 Bilion - Najib

3-7-2018 10:53 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2278| Komen: 6

"Jika Bank Negara tahu tentang dana ini, dan mereka ada bayangan atau 
pengetahuan bahawa mungkin akan ada keraguan tentang sumbernya, 

mereka patut beritahu saya."

Datuk Seri Najib Razak mendakwa bekas gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz ketika perkhidmatannya menyedari kewujudan RM 2.6 bilion dalam akaun bekas Perdana Menteri itu sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), namun tidak pernah mempersoalkan perkara berkenaan.


Foto: The Vocket

Memetik Harian Metro, Najib, ketika ditemu bual Malaysiakini berkata, Bank Negara sepatutnya memaklumkan beliau sekiranya terdapat keraguan berhubung dana berkenaan.


"Tetapi ia tidak berlaku. Jadi saya menyangka ia tiada masalah," katanya.

Selain tidak diberi amaran oleh Zeti, Najib mendakwa beliau menyangka semuanya dalam keadaan baik memandangkan pihaknya tidak menerima sebarang maklum balas daripada Bank Negara.


Foto: Reuters

Sementara itu, Najib menegaskan wang berjumlah AS$681 juta (RM2.6 bilion) adalah derma daripada anggota keluarga diraja Arab Saudi dan sebanyak AS$620 juta sudah dipulangkan kepada pendermanya selepas PRU- 13.

Menurut laporan, bekas pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Puad Zarkashi pernah menyuarakan dakwaan sama terhadap Zeti dan berkata, Najib mengakui menerima wang itu ketika pemimpin Umno bertemu Najib apabila skandal itu meletus pada 2015.

Tambahnya, Najib juga memiliki dokumen kelulusan daripada Bank Negara untuk membawa masuk wang berkenaan. Bagaimanapun, masih belum ada sebarang maklum balas daripada Zeti berhubung dakwaan Najib dan Puad itu. - CARI
12

Bagus
24

Marah
24

Terkejut
8

Sedih
5

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (80 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Travelo 3-7-2018 10:47 AM
zeti tahu tapi dia tak tanya/persoal and tak berani tanya sebab takut kena sack sepertimana yg berlaku pada muhyiddin..
Quote Travelo 3-7-2018 10:49 AM
hahaha..apa punya statementlah najib ni..
Quote Burong_Hantuk 3-7-2018 11:36 AM
ada yang kata bahwa,zeti berkonspirasi dengan tun m untok perangkap najib
Quote mjla 3-7-2018 11:44 AM
Rakyat marhaen pung pok jib
Tapi ko ckp apo masa tu
Cubo flash back
Quote zaziot 3-7-2018 11:47 AM
ntah2 ko ugut dia..mmg la dia diam
Quote gigi 6-7-2018 01:51 PM
kami rakyat lagi tahu kerakusan dato !!!!

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:45 AM GMT+8 , Processed in 0.356339 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top