CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Inilah Pengasuh Yang Kami Booking Itu" - Wanita Bersyukur Terselamat Dari Pengasuh Viral..

5-7-2018 11:14 AM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 21971| Komen: 68|Original author: Oleh: Whitney


Malaysia masih lagi bersedih dengan kejadian yang menimpa adam Rayqal, bayi yang meninggal dan disimpan di dalam peti sejuk beku oleh pengasuhnya. Kisah bayi malang dan pengasuh kejam itu masih hangat dikongsi oleh netizen di media sosial kerana isu tersebut benar-benar menyentuh hati dan menimbulkan kemarahan netizen.

Bagaimanapun, status yang dimuat naik di Facebook oleh seorang wanita yang masih dalam pantang bersalin ini turut mendapat respon hangat daripada netizen kerana penulisannya dikatakan tidak menjaga sensitiviti keluarga mangsa.


Sepatutnya dua orang anaknya dihantar kepada pengasuh tersebut sehari sebelum kejadian malang yang menimpa Adam Rayqal.



Wanita ini pernah berurusan dengan pengasuh tersebut sebelum ini untuk menghantar dua orang anaknya untuk dijaga tetapi dibatalkan pada saat -saat akhir. 

Wanita ini berasa bersyukur dan lega kerana diselamatkan daripada kejadian buruk ke atas diri dan anak-anaknya lebih-lebih lagi dia dikatakan sedang meroyan selepas melahirkan anak ketiga.





Ramai netizen yang bersimpati dengan kesusahan yang dialami oleh wanita ini yang terpaksa berpantang seorang diri dan sedang sakit meroyan. Mereka turut melahirkan rasa syukur kerana anak-anak wanita ini tidak menjadi mangsa pengasuh tersebut sehingga boleh menyebabkan kesihatan wanita ini makin teruk.
 

Dalam masa yang sama, ramai juga netizen yang mengecam wanita ini kerana penulisannya yang tidak sensitif dengan nasib malang yang menimpa ibu bapa dan keluarga Adam Rayqal. Rata-rata menyuruh wanita ini membaiki semula ayat yang ditulis atau memadamkan statusnya itu di media sosial kerana dikhuatiri akan menyinggung perasaan ahli keluarga mangsa.



Ada netizen yang memahami masalah dan kesakitan yang dialami oleh wanita ini dan meminta netizen tidak mengecamnya tetapi menasihatinya agar menerima rawatan yang sepatutnya.


Walau apapun, jagalah perkataan atau penulisan yang dinaikkan di media sosial. Jika rasa status yang dinaikkan itu tiada kepentingan dan faedah, lebih baik berdiam sahaja. Setuju tak? - CARI 

15

Bagus
4

Marah
11

Terkejut
5

Sedih
8

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (49 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 5-7-2018 11:18 AM
ya, takde kepentingan pun kau mengucapkan syukur kerana anak kau tak jadi mangsa, tapi anak orang lain yang dah meninggal beku dalam peti ais. next time, please fikir dulu sebelum upload status-status cenggini.

kata dah kena meroyan, tapi elok ja taip panjang-panjang kat FB tuh. betul-betul meroyan or sekadar delusional je nih?

another kak hasanah in the making..  
Quote fushimi 5-7-2018 11:24 AM
meroyan meroyan gigih ko mengarang panjang lebor

dasar sungguh
Quote skinsandstars 5-7-2018 11:36 AM
Bataknyeh tengah pantang voley pulak type panjang2 then post kat FB, berapa jam dia tulis ni ntah tapi rasa terbeban nak mampos jaga anak2 sendiri.
Quote siputsedut 5-7-2018 11:37 AM
Tak kesian ke ke mak bapak baby adam? Bodohnya pompuan ni. .selfih gike...cer anak ko yg dlm freezer tu pastu mak bapak adam tulis status syukur bukan baby adam yg end up dlm freezer tu tp anak org lain. Apa perasaan ko? Happy tak org lain gembira n syukur atas musibat ko? Simpanlaaaa sikit kebodohan tu...
Quote prettyrara 5-7-2018 11:49 AM
Nak popular sgt ke? Org dlm pantang tu fokus la kt anak2 dan diri sndiri. Sibuk gak nk up status fb. Jaga la sikit hati org yg baru kehilangan anak. Bongok betul org pesen gini. Motif sgt nk org share post ko ke bahalol.
Quote Rainrein 5-7-2018 11:51 AM
Hek eleh dia ni, nak jugak tumpang mencapub. X pikir langsung pasal orang lain. Bongok to the max.
Ye sangat la tu meroyan tapi sempat lak ko mengarang kat fb tapi jaga anak anak tu macam derita sangat la pulak khennnn.
Quote manehnya 5-7-2018 11:54 AM
sikit2 nk meroyan....

klu dh tau sakit royan, jgn la banak jarak dekat2... dah tau keja.. gigih cari pnyakit sndrik x reti nk manage

Quote kechikchomel 5-7-2018 12:02 PM
attention seeker sungguh akak ni!
duduk pantang diam2.
deactivate segala mala media sosial tu. campak jauh2 gadget yang ada.

Quote xdielzx 5-7-2018 12:11 PM
Sujud syukur kat rumah dah la. Takyah mencapub sangat. Kan dah kena kecam..
Quote ciwi1166 5-7-2018 12:15 PM
penyakit umat sekarang... semua nak bagitau satu dunia tanpa pikir dulu perlu ke tak or sensitivity org lain.
Quote sueburn 5-7-2018 12:25 PM
Ni attention seeker ke apa? Amende la, x sensitif langsung.
Quote chicozinn 5-7-2018 12:49 PM
perlu ke nak cakap syukur xkena kat anak ko? birah much pompuan ni..aku msa dalam pantang xdenye hp berjahit kat tangan..aku banyak tido siang kot masa pantang sbab anak aku jnis susah tido malam..
Quote sayalala 5-7-2018 12:58 PM
betul tu xpyh la nk up status mcm tu..igt ibu bapa adam tu kalau dia tahu mende buruk nk jd dia akan hntr jgk ke..
Quote gummygummy 5-7-2018 01:06 PM
"Kalau Ummi hantar jugak hari tu, mungkin Ameena atau Asiah lah yang end up dalam freezer tu... Bukan baby Adam Rayqal."


Weyhhhh ayat apa dowh ni? ini bukan cara nak bagi ayat panjang2. Sistur, please la. Kalau tak boleh nak buat ayat yang menjaga hati semua pihak, tak perlu karang panjang2.
Quote Husnaliana 5-7-2018 01:07 PM
Gile glamer ni. Kite yang baca status dia pun sentap
Quote wandacoffee 5-7-2018 01:13 PM
ntahnya..diam2 sudah la kat situ...nak play role jugak dlm case ni la tu...

Sy mmg menyampah org jenis syukur bab dia ja....mcm contoh...tiap hari raya...syukur ,nasib baik sy tak balik semlm ,kalo tak jem la sehari suntuk dlm kete...

Abis org lain tu nasib malang la semua...takyah la gedik2 syukur bagai...simpan je dlm hati nurani...
Quote saviour_09 5-7-2018 01:26 PM
meroyan & depress / stress
2 ni jadi excuse netizen nowadays utk halal kan salah silap sendiri
minah ni pulak sempat lg nak tumpang semangkuk mencapub tak tentu hala
bloody idiot!
Quote moonbug 5-7-2018 01:28 PM
Huhu kan dah kena kecam
Quote vanillaninja 5-7-2018 01:35 PM
Tak payah nak inconsiderate sangat la Anis oi. Orang tengah bersedih, uols nak bersyukur bagai pulak. Benda2 macam ni namanya common sense. Tak kan uols takde kot?

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 01:07 PM GMT+8 , Processed in 0.162279 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top