CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Tak Sopan, Awak Tu Menteri!" - Syed Saddiq Dikecam Malukan Nama UIAM Tunjuk Aurat

5-7-2018 01:09 PM| Diterbitkan: Cari-Nurulain| Dilihat: 13056| Komen: 34|Original author: Oleh: Ain

Kerana usianya yang baru dipertengahan 20-an, Syed Saddiq (SS) sering dipandang remeh kerana menjawat jawat Menteri Belia dan Sukan di usia yang sangat muda. Ada sahaja kontroversi membabitkan namanya.

Terbaru, SS memuat naik gambarnya berjoging di sekitar Putrajaya bersama pegawai lain di kementerian itu.




Nampak bersemangat betul mereka berlari bersama! Baguslah dapat memulakan gaya hidup yang sihat di tempat kerja, kan?




Foto: FB Mukhtar Suhaili As-Sarawaki

Bagaimanapun, pengguna media sosial mengecam penampilan menteri termuda itu yang dikatakan mendedahkan aurat kerana berseluar pendek di atas paras lutut.




Mukhtar Suhaili As-Sarawaki meminta agar SS dapat menunjukkan contoh lebih baik kepada masyarakat.

Rata-rata pengguna bersetuju, SS sepatutnya tidak berperangai seperti kebudak-budakan dengan mengabaikan etika berpakaian penjawat awam.


Awak tu menteri, tuan!




Bagi orang ramai, sebagai pemimpin Muslim, SS seharusnya menunjukkan tauladan yang baik dan tegas mempertahankan akidah dan syariat.




Selain itu, segelintir netizen berasa malu dengan SS kerana bernampilan sedemikian sedangkan dia merupakan bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).


Buat malu nama UIA saja


"Dulu masa di UIAM, ada usrah dan kelas fardhu ain. Sudahnya, jadi macam ni pula,"
komen netizen.



Bagaimanapun, ada pihak merasakan tidak adil bagi orang ramai menegur SS secara terbuka kerana ia seolah-olah cubaan mengaibkan.

"Lebih baik teguran ini dihantar terus ke peti mesej beliau,"
ujar netizen.




Namun, ada yang berpendapat pemimpin perlu ditegur secara terang agar pengikutnya juga faham apa yang betul dan salah.


Takut jadi ikutan remaja




Sebagai seorang pemimpin, segala gerak-geri akan menjadi perhatian umum dan sering menjadi ikutan bawahan. Dikhuatiri, contoh kurang baik menjadi ikutan anak muda kelak.

Mungkin YB boleh semak balik danperbetulkan mana yang patut. Jangan terlalu mendesak SS dengan kritikan tidak membina. - CARI
14

Bagus
15

Marah
23

Terkejut
12

Sedih
9

Lawak
37

Bosan

Friends Rank (110 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizruncing 5-7-2018 03:13 PM
pagi tadi dgr saddiq ni kt radio era. JOHARA call dia. ntah laa bagi aku tak perlu kot kau nak melayan calling radio sampah tu. dh mcm nk cari publisiti plak. tau kau menteri. tp menteri lain takde pn nk expose sgt. yg JOHARA pn dah mcm takde retis lain plak nk calling. kau dh jadi menteri kau buat jela kerja kau. tak perlu kot nk melayan calling2 ke ape. mengganggu kerja kau je saddiq oiii
Quote chicozinn 5-7-2018 03:21 PM
johara kan memang dari dlu lagi mencari publisiti..teringat time pandalela rinong mula2 call je pastu siap jmput datang konti..memula meollss layan je lelama bingit lak sbab dorang ni manjang gelak je dari kol 6 sampai kol 10 pgi..ko ghaser??
Quote RatuDunia94 5-7-2018 04:11 PM
Apa beza nya dgn kak mah tayang rmbut bertahun2..
Quote azwanaliori 5-7-2018 04:55 PM
Ade saja salah yg dicari ye
Bab kebaikan bersukan bersenam tu sume campak tepi, lebih rela spent berbulan2 xpun smpi kiamat nk cakap pasal lutut ss ni je.  

Kau duduk rumah kondem org je la mampu, pastu dengki org lain jadi menteri seawal usia 20an.
Quote tobobon 5-7-2018 05:05 PM
bukan dulu kj pun sama ker?? banyak sangat mencapub jugak kan?
Quote munchkin 5-7-2018 06:09 PM
Pftttt...

...
Quote missus_meow 5-7-2018 07:07 PM
rsnye ok jer ... dr yg bawak bola boling mcm nk tercampak kuar tu ...
Quote kroit92 5-7-2018 07:35 PM
jum nyanyi

Lets lead the way
Enlighten the future
Share the wisdom
Through the spirit of Islam
Revelation and Reason
We shall excel, we shall prevail
Merging faith and knowledge
Were the khalifah
Well fulfill the Amanah

Quote giyomi 5-7-2018 07:35 PM
apa nak wat, dah ramai sgt makhluk acah2 alim, tp tonton pilem belu, tak kelip2
Quote debab76 5-7-2018 08:32 PM
mizruncing replied at 5-7-2018 03:13 PM
pagi tadi dgr saddiq ni kt radio era. JOHARA call dia. ntah laa bagi aku tak perlu kot kau nak melay ...

nk himpit la chuols. dulu KJ skrg arusla bertukar tgn gitew!!!
Quote rogayahtop 5-7-2018 08:36 PM
hamboi akak2 tgk kepala lutut jantan pun bergetar ke. elokla tu yg jantan tengok rambut yg pompuan tgk kepala lutut.

Quote debab76 5-7-2018 08:43 PM
meols mengharapkan kot2 ada gambar bonjolan. tapi hampa
Quote asyura_85 5-7-2018 10:02 PM
Time KJ pakai suar lagi pendek takde pulak orang bersuara.. kau igt semua menteri ni maksum ke? tp tak pe la at least kau dh jalankan tanggungjawab menegur sesama islam..jgn org yng menegur pun tak pakai tudung..pakai suar lg pendek sudah la.. #donedakwah
Quote tipuware 5-7-2018 10:41 PM
This makes my day...
Quote pokaibanktokyo 6-7-2018 07:04 AM
Pundek mana kata itu aurat ?
Quote haryatie 6-7-2018 07:49 AM
kesiannn...serba x kena di mata org
bertabah laaaa...
Quote mizruncing 6-7-2018 08:28 AM
debab76 replied at 5-7-2018 08:32 PM
nk himpit la chuols. dulu KJ skrg arusla bertukar tgn gitew!!!

paham tu. tp dia as a menteri yg bijak pandai ptt tau mana benda yg dia sepatutnya buat. ni sebok jgk nak layan radio sampah tu
Quote azwanaliori 6-7-2018 09:15 AM
mizruncing: pagi tadi dgr saddiq ni kt radio era. JOHARA call dia. ntah laa bagi aku tak perlu kot kau nak melayan calling radio sampah tu. dh mcm nk cari publisi ...


Hari tu dia xlayan wartawan sampah mana tah pastu beriye kene kutuk sombong la berlagak la x friendly la mcm2 la.

Quote misscendol 6-7-2018 09:28 AM
Xpelah saddiq. ambiklah nasihat ni. komen2 berunsur dengki & acah2 alim tu xyah layan. taula kan saddiq hensem. jeles lettewww...

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:21 AM GMT+8 , Processed in 0.047283 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top