CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Haqiem Rusli Didakwa Guna Melodi Ciptaan Sufi Rashid Tanpa Keizinan?

6-7-2018 12:00 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 5417| Komen: 16|Original author: Oleh: Amiey

Nampaknya, nama Haqiem Rusli terus menjadi sebutan gara-gara gimik kemurungan yang konon dihadapinya. Belum pun dapat menarik nafas lega, terbaru timbul pula berita yang kurang enak yang melibatkan dirinya. 



Lagu terbaru tidak mendapat keizinan..

Penyanyi Sufi Rashid mendakwa bahawa lagu terbaru Haqiem Rusli; Selamat Tinggal Sayang menggunakan melodi ciptaannya. Apa yang membuat dirinya kecewa adalah apabila Haqiem langsung tidak meminta keizinannya terlebih dahulu apatah lagi untuk meletakkan nama dan memberikan kredit kepada Sufi sebagai salah seorang pencipta lagu tersebut.


"Pertamanya tahniah buat adik @haqiemrusli98_ atas pelancaran lagu baru. Saya berbesar hati lagu itu menggunakan 'intro' yang saya cipta," ujar Sufi seperti yang dipetik dari mStar.

Foto: Instagram Sufi Rashid

Bezakan antara perniagaan dengan hal peribadi..

"Anda boleh kecam saya tapi belajarlah perbezaan antara perniagaan dan hal peribadi. Dan anda akan faham perasaan bagaimana tidak dihargai."

Luahan hati Sufi yang dimuat naik di Instastory (Foto: Hangat.com)

Bukan soal wang tetapi biarlah dengan cara yang betul..

Merujuk kepada laporan Hangat.com, wang bukanlah persoalan yang dibangkitkan oleh Sufi tetapi biarlah ianya dilakukan dengan cara yang betul dan sekurang-kurangnya Haqiem perlu meminta keizinannya terlebih dahulu. Tambahnya lagi, bukan sesuatu yang mudah untuk menghasilkan sesebuah lagu tambahan pula lagu tersebut mendapat sambutan yang memberangsangkan semenjak dimuat naik ke laman YouTube.

"Saya tidak melakukan ini (posting) untuk mendapat publisiti murahan. Ini dipanggil sebagai reputasi. "

Sufi nafi mahu publisiti murahan. (Foto: Hangat.com)

Ini bukanlah pertama kali Haqiem terpait dengan isu yang sama kerana lagu nyanyiannya Jatuh Bangun juga pernah dikatakan sama seperti lagu nyanyian Asfan Shah. Sekiranya betul dakwaan Sufi, Haqiem dan pihak pengurusannya perlu melakukan sesuatu dan semoga dan menyelesaikan perkara ini secara baik.-CARI 
13

Bagus
13

Marah
20

Terkejut
27

Sedih
18

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (111 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote samasam90 6-7-2018 12:04 PM
kalau baca kat ig, ramai yg petik zayn, zayan entah nama dia.. salah seorg pencipta lagu baru heshe, tapi heshe tak bagi kredit.. but well, heshe mesti cakap kerja i cuma menyanyi je.. choi
Quote sukacactus 6-7-2018 12:07 PM
Laaa...ingat takat key xsampai, suara sengau je
Cipta lagu pun setengah masak jg ke
Itu la...dr aritu aku dah ckp, bersara la terus...ko degil
Quote Orix 6-7-2018 12:13 PM
Hahahahaha qieqie, patutnya kau yg beku dlm peti ais dekkkk lagi bagus
Quote cicicumel 6-7-2018 12:15 PM
Alah si sufi ni cipta intro je pon..coi..kesian lagu baru kau ciptaan hakim rosli tak dapat sambutan..lupa dah apa tajuk lagu dia yg hakim compose.
Quote kiah_mai_pulak 6-7-2018 12:16 PM
Last2 kekuburan juaa dik qie qie ni.. apa2 je lah.. single ko very theee boringgg
Quote armin 6-7-2018 12:30 PM
Dulu aku kagum jgk dgn budak ni sbb pandai buat lagu. Tapi byk betul problem kau dik. Meroyan mengalahkan pondan. Cuba belajar sikit dr aiman tino. Kena kecam pun rilek je
Quote doubleA 6-7-2018 12:49 PM
samasam90 replied at 6-7-2018 12:04 PM
kalau baca kat ig, ramai yg petik zayn, zayan entah nama dia.. salah seorg pencipta lagu baru heshe, ...

Zyn eh, nama ig zynakal lebih kurang tu la zyn nakal ke zynakal, lepak sama dengan HR juga dulu maybe geng2 dorang gak. Makin maju budak ni now dgn baby pian pula nama sebenar raziq, stage name zyn, anak buah zamani slam
Quote cicicumel 6-7-2018 12:57 PM
doubleA replied at 6-7-2018 12:49 PM
Zyn eh, nama ig zynakal lebih kurang tu la zyn nakal ke zynakal, lepak sama dengan HR juga dulu ma ...

Gigih iols cek ig zayn ni..jadi composer je la dik..muka tak komersial.
Quote kikuri 6-7-2018 12:57 PM
ujung ujung sendu ke laut dalam jugak ko neh... baik ko sambung stadi jelah dik...
Quote doubleA 6-7-2018 01:09 PM
cicicumel replied at 6-7-2018 12:57 PM
Gigih iols cek ig zayn ni..jadi composer je la dik..muka tak komersial.

Camtu la rupa dia, takda rupa cute pakcik dia maybe terlebih gen bapa. Gen mak kalau putih cerah macam zamani jugak
Quote Rhyno 6-7-2018 02:10 PM
Qie Qie compose lagu Aku Sendiri utk Sufie.

Sufie compose lagu Selamat Tinggal Sayang utk Qie Qie.

Akhirnya, dua2 sendu.
Quote cicicumel 6-7-2018 02:52 PM
Rhyno replied at 6-7-2018 02:10 PM
Qie Qie compose lagu Aku Sendiri utk Sufie.

Sufie compose lagu Selamat Tinggal Sayang utk Qie Qie ...

Sendu ke uol..sedap je lagu STS tu
Quote RatuDunia94 6-7-2018 03:14 PM
Teruk betul Haqiem kena ye. Kiri kanan atas bawa.. Hopefully jd pengajaran utk heols la. Kira ni mcm turning point utk merubah perangai n attitude. Kalo heols n management heols bijak. Jadikan perkara ni sbg batu loncatan utk level up his career. Good or bad still publicity kan. Why not after this Haqiem join persatuan mental healtness malaysia utk wujudkan kesedaran.
Quote putehkundor 6-7-2018 03:19 PM
sufi ni muka annoying mintak pelempang
Quote giyomi 6-7-2018 05:55 PM
Sori akak tertinggal bas lagi...dia tak jadi berhenti ker...huh...gimik maker sgh dia ni...ciki2 birah tergedik2 bila dia nyanyi...klu dah camne perangai, ada eloknya jgn jadi penyanyi.
Quote September14 6-7-2018 06:15 PM
Susah sgt ke jadik glemer dpt duit bnyk nk tertekan bgai. Ngada2 lah. Kena kritik pun xdakla teruk sgt, kna kongkong kna ugut pun xde la mcm artis kpop. Rasanya klu jd ust adam tu lg stress sbb video bogel tsebar tp tgk rilex je

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 01:01 PM GMT+8 , Processed in 0.077729 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top