Siapa tidak kenal dengan anak-anak pelakon verstail Fatimah Abu Bakar yang sering mewarnai layar perak, kaca televisyen dan juga gelombang radio. Nama besar seperti Sharifah Amani, Sharifah Aleya dan Fatimah sendiri sudah kukuh dan meyakinkan bahawa apa sahaja produk seni yang dikeluarkan, pasti luar biasa. Namun, seperti yang pernah dikatakan oleh Sharifah Aleya suatu ketika dahulu, biarpun darah seni mengalir dalam tubuh mereka, ibunya tidak pernah mengenepikan ilmu pengetahuan supaya mereka tidak ketinggalan. Adiknya, Syarifah Aleysha yang pernah berlakon dalam filem Mualaf dalam diam telah selamat menamatkan pengajiannya baru-baru ini.
Menamatkan pengajian serentak, Sharifah Aleysha dan Sharifah Aryana telah memuat naik status mengenai majlis graduasi mereka yang berlangsung semalam. Berdasarkan muat naik tersebut, Aleysha mengumumkan dia telah mendapat keputusan cemerlang dengan memperoleh Sarjana Muda kelas pertama! Wow, bukan sebarangan orang mampu memiliki kebijaksanaan sebegini. Aleysha yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada tahun lalu, terpaksa berjauhan dengan suami demi mencapai impiannya menggenggam segulung ijazah. Namun, tinggal berjauhan tidak mematahkan semangatnya untuk memperolehi keputusan cemerlang. Foto selepas majlis gradusi itu dimuat naik di akaun Instagramnya. Majlis itu turut dihadiri Sharifah Amani, ibu dan ayah serta nenek mereka. Aryana yang turut sama menamatkan pengajian di universiti tersebut dilihat mengenakan jubah sama. Tahniah diucapkan kepada kedua-duanya. - CARI
|
6
Bagus |
12
Marah |
8
Terkejut |
25
Sedih |
8
Lawak |
29
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
kechikchomel replied at 6-7-2018 04:50 AM
dorang study kat mana?
tahniah la dedua!
ADVERTISEMENT