Susulan beberapa isu kontroversi termasuk dikaitkan pembabitan gerakan tidak bermoral, 'pegawai akhbar' sementara Menteri Belia dan Sukan, Numan Afifi mengambil keputusan meletak jawatannya.
Free Malaysia Today melaporkan, Numan dalam satu kenyataan yang dikeluarkannya hari ini menyifatkan kecaman hebat yang sengaja dihebohkan oleh agen propaganda pembangkang telah menyebabkan mustahil untuk dirinya menjalankan amanah yang diberi. “Saya akan ke luar negara dalam masa terdekat untuk menentukan hala tuju selepas ini. Saya berhasrat mengulangi dan menegaskan kenyataan menteri bahawa setakat ini belum ada sebarang pelantikan rasmi di pejabat menteri.” “Menteri menghormati keputusan saya dan bertegas menolak sebarang bentuk diskriminasi. Justeru saya juga memohon supaya tidak dipanjang-panjangkan lagi polemik ini,” katanya.
Tambah Numan, berikutan dikatakan terdapat unsur-unsur sabotaj, siasatan sedang dijalankan bagi menjawab persoalan mengenai beberapa nama yang dikatakan tertera di laman web rasmi kementerian sebelum ini. “Saya difahamkan oleh menteri tindakan tegas akan diambil ke atas pesalah, Saya merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada menteri atas peluang dan tunjuk ajar yang diberi." Sehubungan itu, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Abdul Rahman turut menegaskan sehingga kini belum ada seorang pun pegawai dilantik secara rasmi di kementerian samada sebagai setiausaha politik, setiausaha akhbar dan pegawai tugas khas. Beliau berkata demikian bagi menjawab bantahan sesetengah pihak berhubung pelantikan penganjur acara berbuka puasa “Big Iftar” tahun lepas, Numan sebagai “pegawai akhbar” beliau.- CARI
|
9
Bagus |
16
Marah |
9
Terkejut |
17
Sedih |
23
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
bambimo replied at 9-7-2018 12:05 PM
xde lantikan rasmi nk letak jawatan guane???
ADVERTISEMENT