CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Najib Hidap Kanser Tahap 4, Akaun Banknya Turut Dibekukan

12-7-2018 11:23 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 8763| Komen: 50

Selepas Nooryana Najwa Bt Mohd Najib mendedahkan akaun peribadinya serta akaun milik bayinya berusia 10 bulan yang merupakan cucu kepada Datuk Seri Najib Tun Razak telah dibekukan, tiga lagi anak bekas Perdana Menteri itu turut mengalami nasib yang sama.


Antaranya termasuk Mohd Norashman, Mohd Nizar serta akaun Puteri Norlisa yang kini sedang menderita penyakit kanser darah tahap empat.

sumber : carian internet

Memetik laporan Utusan Online, pembekuan akaun milik Puteri Norlisa menarik perhatian adiknya Datuk Mohd Nazifuddin yang bertindak mempertikaikan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan siasatan berkaitan skandal 1MDB.

“Tidak sepatutnya buat pembekuan akaun terhadap kakak saya kerana dia sedang lakukan rawatan kemoterapi akibat kanser."


“Rawatan mengambil masa selama enam bulan dan dengan pembekuan ini memberi kesusahan kepadanya untuk membayar bil hospital."

Nazifuddin berharap kerajaan Pakatan Harapan lebih prihatin terhadap nasib kakaknya.

“Kami harap pada masa akan datang, isu ini tidak melibatkan pesakit kanser sepertinya kerana Puteri Norlisa mengalami tekanan dan kesusahan untuk pulih daripada penyakit kanser darah apabila perkara seperti ini berlaku.”

Sementara itu, Najib dalam kenyataan di Facebooknya semalam mendedahkan cek peribadinya untuk membayar bil hospital anaknya ditendang bank.

Perkara itu membuatkan beliau sedar akaun banknya dibekukan.

Bagaimanapun Najib berkata beliau difahamkan akaun bank anak-anaknya tidak lagi dibekukan bermula pagi ini.- CARI
2

Bagus
2

Marah
9

Terkejut
6

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (22 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LostStar 12-7-2018 11:45 AM
ni anak yg mana pula.. kemain lawa pula...
Quote fly_in_d_sky 12-7-2018 12:00 PM
Nokiaman replied at 12-7-2018 11:56 AM
Mati je laa teruss..
Baru tau tinggi rendah langit..

wow .... hebatnya statement
hebat hebat ...


Quote Teru2Bozu 12-7-2018 12:01 PM
LostStar replied at 12-7-2018 03:45 AM
ni anak yg mana pula.. kemain lawa pula...

anak dari perkahwinan pertama. lawa mungkin mewarisi DNA ex-wife.
Quote coolie83 12-7-2018 12:16 PM
ramai betul waris beliau ek
Quote zorrro_03 12-7-2018 12:17 PM
Nokiaman replied at 12-7-2018 11:56 AM
Mati je laa teruss..
Baru tau tinggi rendah langit..

waaaa. bagus..  semoga anak cucu kau takde yang kena kanser spt ni.
Quote azalia72 12-7-2018 12:18 PM
LostStar replied at 12-7-2018 11:45 AM
ni anak yg mana pula.. kemain lawa pula...

Anak najib dengan Puteri Zainah kot


Quote azalia72 12-7-2018 12:19 PM
Nokiaman replied at 12-7-2018 11:56 AM
Mati je laa teruss..
Baru tau tinggi rendah langit..

Hmmm... tak baik kabo mcm tu

Quote EvieWanKenobi 12-7-2018 12:30 PM
oo.. kanser darah..
dari hari tu nak tanya..


semoga cepat sembuh..
Quote scorpionkiki 12-7-2018 12:34 PM
kesian anak ni....
Quote LostStar 12-7-2018 12:35 PM
Teru2Bozu replied at 12-7-2018 12:01 PM
anak dari perkahwinan pertama. lawa mungkin mewarisi DNA ex-wife.

i see.. kesian pula kanser bagai..
Quote ONEK 12-7-2018 12:38 PM
Nokiaman replied at 12-7-2018 11:56 AM
Mati je laa teruss..
Baru tau tinggi rendah langit..

sekali kau sebut....forumer berlainan akan balas lebih 44 kali atau lebih.....tak takut ke?? Amin....
Quote leylapple 12-7-2018 12:47 PM
insurance tak cover ker? or takder special graft?
Quote star_karat 12-7-2018 12:47 PM
Anak2 belah si zainah ni mcm low profile dari dulu.  Tak mcm si muka kuda jonggang tu, bunga hias  buat kawin letak tepi2 pun makan 3 juta ringgit.  
Nah sekarang cakap takda duit, dulu kemain lagi. Kita nak bawak anak nak pergi tengok doktor terpikir azab terkial kial duit belanja.
Quote jcopy 12-7-2018 12:53 PM
ONEK replied at 12-7-2018 12:38 PM
sekali kau sebut....forumer berlainan akan balas lebih 44 kali atau lebih.....tak takut ke?? Amin. ...

gitu la perangai mahachaibi. buruk2 dan busuk2 hati mereka.





Quote jcopy 12-7-2018 12:55 PM
azalia72 replied at 12-7-2018 12:19 PM
Hmmm... tak baik kabo mcm tu

penyokong PH mana ada yang baik2 keluar dari mulut dorang dik. kalau tak buat fitnah, dorang maki sumpah seranah.





Quote hzln 12-7-2018 12:59 PM
Mewarisi penyakit tun razak ya anak yg ini.
Quote mbhcsf 12-7-2018 01:09 PM
I see...bless her, ni kena bagi perhatian ni - bukan boleh buat memain atau candaan ye, stage 4.
kesian, human first.

kalau bagi akaun dia activate  balik sangat wajar.


kalau anak najib terbukti bermewah guna wang negara then wajib tegur.
Era dan liabiliti isu persepsi oleh najib biarkan berakhir

move on.

Jho Low tu pun patt diheret sama.
Quote vanillaninja 12-7-2018 01:13 PM
Putri Norlisa ni lawyer, low profile and private orangnya. Semoga diberi kekuatan untuk melawan penyakit.
Quote watie79 12-7-2018 01:21 PM
jcopy replied at 12-7-2018 12:55 PM
penyokong PH mana ada yang baik2 keluar dari mulut dorang dik. kalau tak buat fitnah, dorang maki  ...

betol you..penyokong PH semua takder yg elok2 statementnya..mungkin buleh audit kot thread2 yg ada..kita tengok banyak mana penyokong BN menyumpah memaki hamun belum termasuk yg meminta Tun M mati....##$%^%@#GY?%

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:17 PM GMT+8 , Processed in 0.097482 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top