CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Air Terjun Tertinggi Di Asia Tenggara Ada Di Kelantan. Rugi Tak Datang Sini

19-7-2018 02:04 PM| Diterbitkan: Cari-Faizal| Dilihat: 12383| Komen: 17|Original author: Oleh: Faizal

Sememangnya di Malaysia banyak juga tempat menarik yang boleh kita boleh lawati. Salah satunya ialah Air Terjun Jelawang. Ia merupakan satu tempat yang menarik dan menjadi salah satu daya tarikan kepada para pelancong dari dalam dan luar negara.


Lagi menarik, air terjun ini merupakan air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara. Air terjun ini mempunyai aliran air yang unik di mana airnya mengalir dari celah-celah batu yang tinggi.

Foto: Google

Lokasi air terjun ini terletak di atas Gunung Stong, Kelantan. Ternyata sesiapa yang datang ke sini akan terpana dengan keindahan alam semulajadi yang terhidang. Tetapi, untuk datang ke sini bukanlah mudah kerana anda perlu melalui perjalanan beratus kilometer untuk sampai ke Gunung Stong ini.

Bagi pelancong yang ingin berkunjung ke Gunung Stong ini, mereka mempunyai tiga jalan pilihan yang boleh diambil. Jalannya yang pertama ialah dari Kota Bharu, pelancong boleh melalui Jeli, kemudian ke Kuala Balah, ke Dabong dan seterusnya ke Gunung Stong. Perjalanannya adalah kira-kira sejauh 183km.

Jalan yang kedua pula adalah dari Kota Bharu ke Kuala Krai ke Sungai Sam ke Dabong dan terus ke Gunung Stong. Jarak ini lebih dekat kira-kira 150km. Manakala, bagi mereka yang ingin menjimatkan lagi masa bolehlah pilih jalan yang ketiga ini iaitu, dari Kota Bharu ke Kuala Krai, ikut Jalan Air ke Dabong dan terus ke Gunung Stong. Perjalanannya hanyalah 105km.

Jom layan pemandangan menarik yang ada di Air Terjun Jelawang ni.

Foto: Twitter @cutihabiskanduit

Foto: Twitter @cutihabiskanduit

Foto: bicarakata.com

Foto: orangkelantan.com

Foto: orangkelantan.com

Foto: Flikr @DaveGardener

Sesiapa yang datang ke sini sudah pasti tidak akan dapat melupakan keindahan alam semulajadi yang tersaji indah di depan mata. Panorama sekeliling Gunung Stong memang sesuai buat anda yang begitu cinta dengan alam sekitar. - CARI 
337

Bagus
21

Marah
27

Terkejut
17

Sedih
18

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (438 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eyansss 19-7-2018 02:54 PM
serious best dan jernih...  sejuk gilos...  masa tu rasa bestnya kalo dapat daki gunung stong ni...
Quote Artemesiaa 19-7-2018 03:28 PM
Malaysia ni tak kurang tempat tarikan pelancong yang menarik sayangnya terlalu kurang info dan promosi pasal tempat2 tu mana orang nak tahu dan datang.  Kalau promosi cukup info lengkap terutama cara macam mana nak kesana pasti makin ramai yang akan datang.
Quote Orix 19-7-2018 03:31 PM
Artemesiaa replied at 19-7-2018 03:28 PM
Malaysia ni tak kurang tempat tarikan pelancong yang menarik sayangnya terlalu kurang info dan promo ...

Kalau tempat tu famous alamatnya 5-6 tahun lepastu tmpt tu mesti kotor.... contoh Desaru, PD n Cherating..... dlu elok je... sekarang kotor ya hampunnnn
Quote Artemesiaa 19-7-2018 03:39 PM
Orix replied at 19-7-2018 03:31 PM
Kalau tempat tu famous alamatnya 5-6 tahun lepastu tmpt tu mesti kotor.... contoh Desaru, PD n Che ...

Kalau tempat sebegini Jabatan Ranger harus main peranan untuk sentiasa memantau kawasan dan kuat kuasakan denda demi menjamin kebersihan persekitaran tempat tu macan kawasan hutan ditempat lain.
Quote azwanaliori 19-7-2018 03:59 PM
Kelantan? No thanks
Quote lyza2474 19-7-2018 05:11 PM
bukan masalah rugi tak sampai.. bukannya 1 hari dah boleh  sampai ..kena hiking dulu kangggg
Quote misscendol 20-7-2018 11:02 AM
not interested. bahaya
Quote beautifulliar 21-7-2018 08:39 AM
Cantiknya.Meols suka air terjun ni tp nk msuk jauh kedalam utan hiking pelbagai ya ampun mengah bpeluh2 silap hb pengsan tgh jln tak pasal myusahkn org.meols pegi hat kt langkawi tu pon mengah wlpon xde jauh ke utan ikut trek je tp bila dh smpai cantik sgt air jernih boleh nmpk ikan2 kt dlm.Dh byk air terjun meols g tp semua dlm utan yg xberapa nk utan.klo yg dekat gunung2 ni mesti lg cantik sbb xterusik.
Quote Foxey 23-7-2018 02:20 PM
nak kena panjat gunung tu yg tak sanggup tu
Quote chinta89 23-7-2018 03:17 PM
Orix replied at 19-7-2018 03:31 PM
Kalau tempat tu famous alamatnya 5-6 tahun lepastu tmpt tu mesti kotor.... contoh Desaru, PD n Che ...

terpaksa setuju. kalau pemes je mula lakotor gila! Pengunjung tak bertanggungjawab.
Quote chentadearhati 12-8-2018 09:31 AM
Best cuolls...camping sana best.kena hiking ke Basecamp BAHA. Luas basecamp kt sini. Siap de toilet & kedai Jajan. Memang kena fit la Kalo nak Pg. Cara nak pergi... cuolls bole cari organizer yg buat trip ke Sana dekat group hiking and camping around Malaysia Di FB.
Quote raihaneem 12-8-2018 02:50 PM
Suka air terjun rendah2... cetek2 ja..
Quote rogayahtop 12-8-2018 09:19 PM
nak jugak jadi niqabis bulu mata lentik mandi air terjun kat sini boleh post kat ig #anatravel #indahnyaduniaindahlagiakhirat #backpackingniqabi #anajualcastoroilrepack10gRM40je
Quote mongoose_kidz 27-9-2018 02:11 PM
pernah smpai sini da....tp setakat mandi manda kat bawah tu jela...
pergi pun naik moto je
slah satu kenangan yg indah dlm hidup i..hahaha..

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:26 AM GMT+8 , Processed in 0.053467 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top