Seorang budak lelaki berusia 12 tahun yang terlalu obses dengan permainan video dikatakan ponteng sekolah selama 53 hari. mStar Online melaporkan, pelajar dajah enam itu didakwa bermain permainan video sehingga lewat malam dan ibu bapanya tidak sampai hati untuk mengejutkannya bangun pagi untuk pergi ke sekolah.
Susulan itu pihak sekolah telah meminta bantuan pihak polis untuk menjemputnya di rumah, iaitu antara beberapa prosedur operasi standard (SOP) untuk menangani kes seperti itu. Kisah murid berkenaan sebelum ini tular di media sosial dan dikaitkan dengan pelajar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Lembah Keramat, Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, seorang guru di sekolah tersebut, Maryumi Abdul Razak menolak kejadian tersebut berlaku di sekolahnya. "Sebenarnya info mengenai murid ini kami perolehi di grup WhatsApp guru-guru. "Namun, apabila ada pihak yang mengongsikannya ke aplikasi pesanan Telegram dan tertera nama sekolah kami, ia telah menyebabkan kekeliruan berlaku," katanya ketika dihubungi pada Khamis. "Apa yang saya boleh katakan, kejadian seperti ini tidak mustahil berlaku. Memang ada murid yang tidak hadir ke sekolah sehingga lebih 50 hari. "Selepas nama sekolah kami dikaitkan, pihak pentadbir telah menghubungi Pejabat Pendidikan Daerah untuk menjawab mengenai isu ini." -CARI
|
19
Bagus |
16
Marah |
9
Terkejut |
23
Sedih |
14
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mawar_pink replied at 19-7-2018 06:00 PM
alahai xcerdiknye mak bpk bdk ni..bg anak main game smpi lewat pastu biar je anak x g sek...mak jeni ...
Pink_Purple replied at 19-7-2018 11:19 AM
species ni datang sekolah mesti tido bkn nak belajar
ADVERTISEMENT