'Doktor dalam talian' kini semakin berleluasa menawarkan promosi pemutihan kulit segera. Harian Metro melaporkan, golongan tidak bertauliah ini sangat bijak mengatur strategi mengaut keuntungan dengan promosi jaminan putih segera dan menawarkan doktor di klinik panel bagi mereka yang tidak tahu menyuntik sendiri.
Menurut sumber, iklan promosi pemutihan kulit adalah termasuk produk gel pengelupasan dan suntikan vitamin C menggunakan ampul. Menurut laporan lagi, seorang wartawan Harian Metro menyamar sebagai pembeli dan hasilnya penjual mendakwa set suntikan pencerahan tersebut diperolehi dari Korea dan mengandungi vitamin C. “Kalau tak pandai, tak boleh suntik sendiri. Sis bantu awak dapatkan service injection di klinik.
“Jururawat atau doktor buatkan. Dorang (mereka) biasa inject so dia dah tahu macam mana nak buat." Peniaga turut mendakwa tiada kesan sampingan kerana ia mendapat kelulusan pakar kulit antarabangsa. “Tak ada kesan sebab produk ini ada CFDA (China Food and Drug Administration), kelulusan pakar kulit sedunia bermaksud bebas daripada dadah, hormon dan sebagainya. Hanya vitamin C saja untuk kesihatan kulit. “Suntikan ini ambil seminggu sekali saja dan kesan bergantung pada metabolisme badan seseorang kalau darah pun comel, toksin dalam badan kurang kadang-kadang dua atau tiga kali suntikan saja sudah boleh nampak kesan." Peniaga pengelupasan kulit pula mengaku produknya yang dijamin memberi kesan putih selepas proses pengelupasan tiga hingga tujuh hari itu tiada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). "Ini bukan produk tempatan tetapi buatan Perancis. Dorang punya QC (kawalan kualiti) lagi tinggi daripada Malaysia. Produk timbang kilo pun boleh ada KKM. “Produk ini sangat selamat. Dah banyak orang beli dan result pun awesome." “Senang je nak jadi putih dik. Sapu je losen ini dan dalam masa seminggu, confirm putih. “Jangan risau mengenai kulit yang mengelupas itu. Nanti ok sendiri,” Produk ini dijual dengan harga serendah RM50. -CARI |
38
Bagus |
29
Marah |
36
Terkejut |
19
Sedih |
29
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
famri7 replied at 20-7-2018 06:20 PM
Nak tengok kesan krim bodoh2 ni sis pergi rantau panjang..tgk muka acik2 berniaga di sana....muka sm ...
mamarock replied at 20-7-2018 10:17 PM
Tak faham kenapa sesetengah orang suka menyeksa diri camni. Kadang-kadang nampak pelik, muka je puti ...
ADVERTISEMENT