CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Lelaki Ni Kalau Nak Berubah, Sekelip Mata Je. Takda Angin Ribut Pun..

23-7-2018 01:47 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 13538| Komen: 43|Original author: Oleh: Whitney


Orang yang sudah berumah tangga kerap mempunyai masalah apatah lagi bagi pasangan yang sedang bercinta atau yang bakal berkahwin. Hakikatnya, bukan senang untuk mendapat pasangan yang menyayangi, setia dan sangat mengambil berat. Untunglah sesiapa yang ditakdirkan menjumpai pasangan sebegitu kerana ia pasti akan berasa bahagia setiap masa.

Bagaimanapun, tidak dapat dinafikan, perasaan sakit hati apabila ditinggalkan oleh pasangan tanpa sebab adalah suatu yang sukar digambarkan jika tidak terkena pada diri sendiri. 

Seorang pengguna twitter memuat naik status dan perbualan dengan bekas teman lelakinya. Dia berasa sangat kesal dan sedih setelah dirinya seolah-olah dipermainkan.

 


Wanita ini tidak menyangka statusnya itu mendapat respon daripada ramai netizen yang bersimpati. Rata-rata netizen cuba memujuk dan menenangkan hati wanita ini supaya bersabar dan menerima perpisahan itu dengan reda. Malah ada yang marah dan berpesan supaya jangan memberi peluang kedua kepada lelaki sebegitu.  


Sebenarnya ramai netizen yang pernah mengalami detik-detik kecewa dan sedih setelah ditinggalkan kekasih tanpa sebab yang munasabah. Mereka memahami bagaimana perasaan wanita ini. Nak marah pun tiada guna, tapi teruskan hidup seperti biasa. 
Memang benar kata netizen ini, ada sesetengah orang yang membuat pasangan mereka seperti tukar baju. Apabila jumpa yang lain, kekasih lama ditinggalkan. 




Seorang lelaki yang juga pengguna twitter telah memuat naik status bagi membalas status twitter wanita tersebut. Dia membuat andaian bahawa wanita itu seorang yang clingy dan sebab itulah teman lelakinya meninggalkannya. Jadi, dia berpesan agar pasangan yang bercinta untuk tidak terlalu  manja dan obses kerana ia akan menimbulkan perasaan menyampah. 


Tetapi, netizen tidak bersetuju dengan pendapat lelaki itu kerana ia bukanlah disebabkan clingy tetapi usaha pasangan itu sendiri untuk saling memahami dan berusaha menjaga hubungan. Jika diikutkan, ada juga lelaki yang suka teman wanita yang clingy begitu juga wanita. 



Apa-apa pun, ia terletak pada hati masing-masing. Jika hati sudah tidak sayang, seseorang akan beralih kepada cinta lain dan belajarlah reda menerima takdir yang kalian tidak berjodoh. Setuju tak?  - CARI 

2

Bagus
1

Marah
8

Terkejut
9

Sedih
8

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (35 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rogayahtop 23-7-2018 01:52 PM
sehari tak whatsapp dah meroyan ke?
spesis tiap2 hari nak feeling2 peluk bantal sebelum kawin.
Quote mieymiey 23-7-2018 02:03 PM
Bod kongsi tular ker ni? Bosannya perkongsian
Quote niena90 23-7-2018 02:13 PM
Lelaki mmg mcm tu(bukan semua, segelintir sahaja). Harini kata syg, esok dia kata kita kawan jelah. So tak paham ape motif dia nak bercinta dr awal. Kalau rasa tak suka, jgn bg harapan dr awal. Bukan kita ugut letak pisau dkt leher ajak bercinta pun
Quote meklalala 23-7-2018 02:14 PM
ada sorg mamat ni baru nak kenal2 dgn mek..hari2 whatsapp ''hi''...mek layan je la..tp sekali dia 'hi' mek tak reply..dah masuk hari ke-4 takde dah 'hi'
Quote moonbug 23-7-2018 02:19 PM
Mcm ni pun boleh jadi artikel/thread
Quote GigaMom 23-7-2018 02:33 PM
meklalala replied at 23-7-2018 02:14 PM
ada sorg mamat ni baru nak kenal2 dgn mek..hari2 whatsapp ''hi''...mek layan je la..tp sekali dia 'h ...

Jgn diberi harapan palsu mek
Quote capiloton 23-7-2018 02:49 PM
bosan nya topik.
macam topik bbnu baru masuk fasa cinta monyet jer.

baik aku layan meegan lagi best.

[youtube]qQi3_PpYzIM[/youtube]
Quote chinta89 23-7-2018 03:11 PM
dh nama pun berkawan ke arah bercinta.. hari2 wasap.. kenapa plk lelaki tu ckap that girl maybe clingy?????

kesiannya lahai sape jd awek lelaki tu, lg malang sape jd binik dia. hadap la dpt lelaki yg jenis tak suke di text, whatsappa etc.

bg aku perkara biasa je pun hari2 text whatsapp ni. dh nama pun bkawan. ke korang jenis 3-4 hari, baru text partner korang?

Quote meklalala 23-7-2018 03:19 PM
GigaMom replied at 23-7-2018 02:33 PM
Jgn diberi harapan palsu mek

siapa yang memberi harapan ni? mek ke dia?
Quote knnk 23-7-2018 03:38 PM
capiloton replied at 23-7-2018 02:49 PM
bosan nya topik.
macam topik bbnu baru masuk fasa cinta monyet jer.


Lol, you pun layan K&P?
Suka tgk sketch diaorang. Satirical, and Peele mmg mnjadi okay jadi perempuan.
Quote insulin 23-7-2018 03:44 PM
meklalala replied at 23-7-2018 02:14 PM
ada sorg mamat ni baru nak kenal2 dgn mek..hari2 whatsapp ''hi''...mek layan je la..tp sekali dia 'h ...

Hi...
Quote anikarma 23-7-2018 03:57 PM
niena90 replied at 23-7-2018 02:13 PM
Lelaki mmg mcm tu(bukan semua, segelintir sahaja). Harini kata syg, esok dia kata kita kawan jelah.  ...

Cuba jawab I've been waiting for you to say that (kita kawan)....sebab I already have someone else.....confirm dier amok sakan.....maki macam2....tak Caya....try Ler....heheheheheh
Quote Meiizu 23-7-2018 05:50 PM
hurrmm abis lah aku..byk hari dah tak whatsapp ni
Quote isteri_ayil 23-7-2018 05:55 PM
itu baru bf yg buat mcm tu... at least boleh tinggalkan je.. dan cari lain..
tapi kalo suami yg buat cam tu... boleh nak tinggalkan dan cari lain?
Quote amone 23-7-2018 06:08 PM
pernah kena mcm ni... aku ditinggalkan mcm tu jer...  dan sekarang dia carik aku balik pulak..
Quote capiloton 23-7-2018 08:51 PM
knnk replied at 23-7-2018 03:38 PM
Lol, you pun layan K&?
Suka tgk sketch diaorang. Satirical, and Peele mmg mnjadi okay jadi perem ...

part meegan tu mmg paling best.
kaki drama betul dia tu.  
Quote kroit92 23-7-2018 09:03 PM
ni bunyi macam long distance relationship je.. benda macam ni pun jadi isu ke, adui..
tapi tengok gaya perempuan ni upload conversation dia dengan balak dia
no wonder la kut kena tinggal.. semua nak buh dalam internet, maybe balak dia tak selesa.

either way, kalau dah berjauhan, tak nampak depan mata
mana tau laki tu tengah depression ke. masalah bertalu-talu
ada lelaki jenis lagi banyak masalah, lagi dia diam dan isolate themselves
bukan apa, nak sort out semua benda dalam kepala

ada jenis orang, lagi banyak masalah, lagi banyak bunyi. tak semua camni.

husnuzon nya, entah2 laki tu ada kematian somebody, kawan dia ke, kucing dia ke, makcik kesayangan dia ke. dia pulak jenis pendiam, tak banyak bunyi. simpan sorang-sorang
entah2 semalam demam, doc check, ada risiko cancer, pegi jumpa pakar nuuhh
entah2, dia baru dapat tau dia anak angkat, maka tak boleh mewarisi syarikat bapanya, Sapura sdn bhd, dan Datuk Sazali bukanlah bapanya, tapi tukang kebun mereka, Pak Leman
drama sangat speku-speku aku ni

either way, dengarlah cerita kedua belah pihak
or you can be judgemental, suit yourself kan

dulu member aku ada awek lawa gila, tapi agak psycho kut
kalau laki tu busy sehari, betul2 busy, pegang phone pun tapi contact orang buat kerja
awek dia meroyan call & message semua kawan2 yang dia tau, menangis-nangis
aku pun kena, pukul 11 malam aku dah dibuai mimpi, dia call melalak-lalak
what the heck is wrong with you girl
kau ni siapa, aku ni siapa? bangun tido amnesia jap
Quote whitePoison 23-7-2018 09:16 PM
Give ape tu?
alaa baru sehari,fikir positif jela..kot2 busy kerja sampai tak pegang hp..melainkan la dia mendimkan diri berbulan atau bertahun, memang sah la dia hurmmmm

jangan menagih pada yg tak sudi.. anggap la itu pahit manis kehidupan
Quote salmon-suki 23-7-2018 09:30 PM
Ai is berminat nak taw ape yang that girl hitamkan tu..is it give all of her ......?hehehe~

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 10:56 AM GMT+8 , Processed in 0.161858 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top