CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Geram Kerana Anak Memilih Ketika Makan? Apa Perlu Anda Ambil Tahu..

7-8-2018 04:25 PM| Diterbitkan: awanearisu| Dilihat: 2288| Komen: 3|Original author: Oleh: CSuy


Mempunyai anak yang suka memilih ketika makan bukan satu perkara yang baru. Sebagai ibu bapa, sudah pasti kita ingin memastikan anak-anak mendapat khasiat dari pemakanan yang seimbang dan sihat. Namun, ibu bapa yang suka memaksa si anak untuk makan perlu ambil tahu tentang kajian terbaru ini.


Memetik sebuah artikel dari sebuah laman web berasaskan penyelidikan Futurity, sebuah kajian terbaru dari Universiti Michigan mendedahkan bahawa memaksa anak untuk mengambil makanan yang sihat tidak akan mempengaruhi berat badan si anak. Sebaliknya, ia akan menyebabkan tekanan di waktu makan dan akan menjejaskan hubungan ibu bapa dan si anak.


Foto: Pixabay

Menurut penyelidik Sains Nutrisi, Profesor Julie Lumeng dari Universiti Michigan, kajian mendapati bahawa sama ada kanak-kanak tersebut memilih makanan atau tidak, berat badan si anak kekal stabil dalam tempoh lebih setahun mereka berada di fasa bertatih (toddlerhood).


Selain itu, tabiat memilih makanan si anak tidak akan berubah meskipun ibu bapa menggunakan kaedah paksaan.

 

Ujarnya, "Kemudian, kami bertanya sama ada paksaan boleh mengurangkan tabiat memilih makanan, dan jawapannya tidak. Tiada kaitan di antara paksaan dan memilih makanan, dan lain-lain keputusan."


Selanjutnya, Profesor Lumeng mendedahkan salah satu pengalaman beliau ketika masih kecil:


"Pada suatu malam ketika sedang makan, ibu telah menghidangkan kacang peas kepada kedua-dua kakak saya, tetapi ibu menghidangkan saya lobak merah. Beliau berkata dengan baik-baik, 'Ibu hidangkan kamu lobak merah kerana kamu tidak menyukai kacang peas.'Ia membuatkan saya rasa disayangi dan dihormati, dan sehingga kini saya mengingati kata-kata beliau itu."

 

Kini, para penyelidik "selera makan" mengutamakan istilah "selektif" berbanding "memilih". Menurut beliau, kita tidak melabel orang dewasa yang selektif dalam pemakanan sebagai "memilih", tetapi kita meletakkan (tabiat memilih makanan) kanak-kanak di tahap piawaian yang berbeza (dari orang dewasa), meskipun rasa merupakan sesuatu yang berada di luar kawalan untuk diubah pada mana-mana usia.

 

Foto: Pixabay

Persoalannya, adakah tabiat makan secara selektif itu penting? Menurut Profesor Lumeng, ya, hanya kerana ia menyusahkan dan mengecewakan ibu bapa. Ia jarang dianggap sebagai isu kesihatan yang dikaitkan dengan kekurangan nutrien dan tumbesaran yang lemah.

 

"Akhir kata, tabiat tersebut bukanlah kelemahan yang serius yang menuntut tenaga ibu bapa dalam menanganinya," ujarnya.


Ujarnya lagi, "Menangani tabiat ini hanya memerlukan kita memikirkan bagaimana untuk melakukan perkara-perkara kecil yang membolehkan waktu makan itu menjadi lebih baik untuk semua orang, tetapi tidak menghapuskan sesuatu yang barangkali merupakan sebahagian dari personaliti si anak."

 

Hasil kajian ini telah diterbitkan di dalam journal Appetite. - CARI 


Diterjemahkan dari artikel asal oleh Laura Bailey-Michigan di Futurity.Org.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote grizz 7-8-2018 04:30 PM
anak iolss mase setaun cmtu xnk mkn telo lgsg..puas pkse mkn mmg die buang je..so xbg dh la telo..tetibe tah pe mimpi dekat 3taun kate nk mkn nasi ngan telo lak..nk telo dadar xnk telo le..pstu dekat 4taun ni asik nk fish je..pstu memeilih lak nk ikan keli je..adoyai..
Quote nobrightside 7-8-2018 10:58 PM
Takde clear takeaway pon artikel ni
Quote palmolive 8-8-2018 01:25 PM
grizz replied at 7-8-2018 04:30 PM
anak iolss mase setaun cmtu xnk mkn telo lgsg..puas pkse mkn mmg die buang je..so xbg dh la telo..te ...

dalam fasa explore tu

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.039799 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top