Anak kecil sememangnya comel dan keletah mereka sering kali mencuit hati orang dewasa. Namun, air yang tenang jangan disangka tiada buaya! Anak kecil yang comel itu dalam sekelip mata boleh bertukar menjadi insan paling menggerunkan dengan sikap serba ingin tahu mereka. Sekali ibu bapa terlepas pandang, memang membawa padah!
Siapa tidak terkejut, marah dan panik apabila mesin ATM terpadam sedangkan urus niaga belum selesai. Itulah apa yang berlaku kepada Pnut Syafinaz yang mesra dengan panggilan Mak Long. Menurutnya, ketika sedang berurus niaga dengan mesin ATM, seorang kanak-kanak telah menutup suis mesin berkenaan.
Tiba-tiba, pap!!! Mesin deposit terus gelap Sedihnya apabila berlaku insiden seumpama itu. Sedih dengan duit ditelan, ditambah pula perasaan marah mengingatkan bapanya tidak mempedulikan perilaku lasak anak. Menyusahkan saja Hati semakin terbakar apabila tiada kata maaf keluar dari mulut si bapa. Berikutan itu, wanita berkenaan menasihati ibu bapa di luar sana agar sentiasa mengawasi pergerakan anak mereka. Susulan itu, orang ramai berharap agar perkongsian ini sampai ke pengetahuan ibu bapa kanak-kanak terbabit. "Apa perasaan mak ayah budak itu ya? Lalai awasi anaknya, tak rasa menyusahkan orang lain ke?" komen netizen. Dalam masa sama, rata-rata netizen berharap insiden ini menjadi pengajaran dan membuka mata ibu bapa supaya mendidik anak sejak dari kecil lagi. Semua anak kecil lasak Sementara itu, ada juga yang memberikan beberapa cadangan yang boleh dipertimbangkan supaya insiden seumpama ini tidak berlaku kelak. Alahai, anak. Ibu bapa jangan gunakan alasan anak masih kecil kerana mereka tidak akan belajar dari kesilapan, seterusnya mereka menjadi semakin sukar dididik apabila semakin menginjak usianya. - CARI
|
59
Bagus |
24
Marah |
30
Terkejut |
22
Sedih |
40
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
saviour_09 replied at 31-7-2018 03:38 PM
bertabah la acik
anak aku kalo ikut masuk bank sama, mmg tak lepas la dari mata!
ADVERTISEMENT