Dituduh berzina, pasangan ini diheret ke tepi jalan sebelum disimbah dengan air najis. Kejadian di Banda Aceh, Indonesia itu menyaksikan pasangan terbabit dipaksa mencangkung di sebelah pembetung yang telah dibuka.
Media tempatan melaporkan, beberapa individu dilihat mengisi air kumbahan di dalam baldi sebelum menyiramnya ke atas mereka. Difahamkan, pasangan tersebut berusia dalam lingkungan 30-an dan hanya dikenali sebagai TSF dan DK. TSF bekerja sebagai Ketua Lembaga Perancangan Pembangunan Wilayah di bandar Langsa manakala wanita itu adalah kakitangannya. Ketua agensi agama, Ibrahim Latif berkata,
"Perbuatan mereka sudah lama diperhatikan penduduk setempat. Rumah wanita itu akhirnya diserbu penduduk. TSF cuba menunjukkan sijil 'nikah siri' untuk membuktikan status mereka sebagai suami isteri. "Namun, penduduk kampung mempersoalkan kesahihannya dan terus 'menghukum' mereka." Kedua-duanya telah ditahan dan keaslian sijil pernikahan mereka akan disiasat. Sekiranya palsu, mereka bakal dihukum sebat di depan khalayak ramai. -CARI
|
24
Bagus |
12
Marah |
21
Terkejut |
12
Sedih |
9
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT