Tindakan seorang lelaki membakar longgokan sampah telah membawa kepada penemuan mayat bayi baru lahir, yang turut terbakar bersama sampah tersebut.
Tribun News melaporkan, kejadian tersebut berlaku di kawasan Perumahan Muka Kuning Permai II Kurahan Buliang, Kecamatan Batuaji, Batam Indonesia. Ketika kejadian, seorang lelaki dikenali sebagai Putra terhidu bau busuk sebelum bertindak membakar longgokan sampah tersebut. Namun tidak lama kemudian dia menyedari ada satu bungkusan aneh. ”Bungkusan tersebut berwarna coklat, setelah saya memeriksanya, saya terkejut kerana ada mayat bayi hangus terbakar di dalamnya."
Dia segera mencari air bagi memadamkan api sebelum menghubungi pihak berkuasa. Menurut sumber, bayi tersebut adalah anak luar nikah kepada seorang wanita yang dikenali sebagai En, berasal dari Batam dan bekerja di Malaysia. Wanita terbabit hamil di Malaysia dan bertindak pulang ke republik tersebut kerana kekasihnya tidak mahu bertanggungjawab. Polis berkata, “En merupakan Tenaga Kerja Asing (TKI) dan baru saja balik ke Indonesia melalui jalan Batam. En juga mengakui dirinya hamil sejak menjadi TKI di Malaysia dan ketika sudah sarat mengandung, dia telah kembali ke Indonesia.” -CARI
|
6
Bagus |
15
Marah |
6
Terkejut |
14
Sedih |
4
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Foxey replied at 1-8-2018 04:10 PM
Astaga... Tak boleh ke dia tinggalkan kat masjid ke, rumah anak yatim ke... Boleh dibuang je kat tem ...
insulin replied at 1-8-2018 04:17 PM
Apabila seseorang dah terdesak, biasanya akal fikiran dia akan ambil jalan singkat je, sis... ...
Foxey replied at 1-8-2018 04:20 PM
banyak sangat kejadian mcm ni kan? org yg takde anak ramai apa yg nak ambil anak angkat... nyawa k ...
insulin replied at 1-8-2018 04:24 PM
Yup. Terlalu banyak. Kasihan bayi2 tu....
Yang si jantan yang tak mahu bertanggungjawap tu pun ...
Foxey replied at 1-8-2018 04:27 PM
teruk kan? patut nya berani buat, kena la berani tanggung...
prettyuglybabe replied at 1-8-2018 04:15 PM
bagi je la anak tu kat orang..
berlambak orang nak anak angkat..
suruh pakai kondom tak nak..
ADVERTISEMENT