CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Serba Kekurangan, 32 Beranak Tinggal Berhimpit Dalam Rumah Pusaka

1-8-2018 05:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 27239| Komen: 326

32 beranak tepaksa tinggal berhimpit di sebuah rumah pusaka di  Kampung Banggol Petai, Pendang.

Sinar Harian melaporkan, Muzaini Che Mutapa, 43, anak sulung keluarga tersebut berkata dia tinggal bersama lima lagi adik beradik perempuannya di situ.


Selain adik beradik, suami dan anak-anak mereka juga tinggal bersama.

“Jumlah kesemua anak kami enam beradik ialah 21 orang dan depa semua berusia 11 bulan hingga 18 tahun,” 

“Saya sendiri ada enam anak berusia tiga hingga 18 tahun dan semuanya tinggal bersama di rumah ini.”

Foto: Sinar Online
Muzaini dan suami, Basir Mohd Nor, 44, hanya meniaga kuih untuk menyara kehidupan.


“Barang dapur pula kami gilir-gilir untuk beli, tapi ada juga ketika terdapat dalam kalangan kami yang tak cukup duit.

“Kami terpaksa ikat perut bagi memastikan anak-anak dapat makan dengan sempurna.”

“Apa yang ada dan kami jamu depa makan sahaja tanpa banyak bunyi, mungkin depa pun faham kesusahan yang mak ayah depa alami,"tambahnya.

Muzaini menyatakan mereka tidak berkemampuan untuk menyewa di luar.

“Pasangan kami semua kerja kampung sahaja, kadang ada duit kadang nak catu untuk sekolah anak pun tak cukup."

“Ikut hati memang nak keluar dari rumah ni sebab anak-anak dah besar, tapi kami memang tak mampu nak bayar sewa.

“Kami mengharapkan selepas bantuan daripada JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) kami dapat hidup selesa sedikit dengan keadaan rumah yang sedikit elok.

“Kalau tak perbaik susah juga rumah ni sebab apabila hujan air akan masuk ke dalam rumah dan banyak barang yang rosak.”

Mereka mendapat bantuan zakat RM200 setiap satu keluarga dan wang itu digunakan untuk perbelanjaan sekolah anak-anak.

Pegawai JKM Pendang, Syaffrey Ibrahim berkata, kedatangan mereka ke rumah Muzaini bagi meninjau keadaan keluarga tersebut.

“Kita telah menyumbangkan RM300 daripada Tabung Bantuan Segera dan juga akan memperbaiki rumah mereka dalam masa terdekat.

“Kita nak mereka hidup dalam keadaan yang sedikit selesa berbanding sebelum ini."

Bagi yang ingin membantu, boleh salurkannya ke akaun Maybank 152023418276 atas nama Muliza Che Mutapa. -CARI
30

Bagus
27

Marah
26

Terkejut
15

Sedih
24

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (145 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarahmirza 1-8-2018 03:35 PM
6 jantan tau membiak buntingkan isteri aje..
Rumah untuk anak isteri pun tak mampu nak sediakan.
Tak mampu sebab malas berusaha la tu..

Malas nak rasa kesian.
Quote tikusmontok 1-8-2018 03:42 PM
laki bini sehat, kalau sewa rumah kat kaw pendang tu berapa duit sangat. kawen dgn biawak ke 6 beradik ni?
Quote mieymiey 1-8-2018 03:43 PM
Abang long ni ada 5 ipar lelaki?? Yang adik perempuan bawa tinggal semua sekali 5 orang dalam rumah tu??
Quote zaziot 1-8-2018 03:45 PM
xtau nk kata..aku rs patotnye yg lelaki tu kena la ada sifat ingin ubah cara idup drg..go out and find proper job
Quote EvieWanKenobi 1-8-2018 03:48 PM
ramainya..

nak komen lelebih pun tak tau
apa masalah diorang..
Quote Burong_Hantuk 1-8-2018 03:53 PM
ramainya anak,dah tau hidop susah,patutnya rancanglah anak tuh!
Quote insulin 1-8-2018 03:55 PM
Amboi. 32 orang dalam satu rumah. Memang sesak sangat jadinya.
Quote krustykrab 1-8-2018 03:55 PM
rumah sempit tapi aktiviti proses baby mcm takde prob je

cuba la kekang dulu proses anak, baiki dulu ekonomi hidup...ke laki2 diorg ni semua lembam2. tanah dah ada cuma usaha sikit je utk buat rumah lain kat tanah tu...kecik pun jadilah asal tak berhimpit2 dlm 1 rumah.

Menurut Muzaini, dia dan ahli keluarga yang lain pernah dihalau keluar dari rumah pusaka berkenaan.

pasai pa prnh dihalau kuar dr rumah pusaka?
Quote EJALTI 1-8-2018 03:55 PM
Tak tahu nak komen camner....
Quote matkpop 1-8-2018 03:58 PM
vicious cycle of poverty sangat. taktau nak kesian ke nak panas hati. tubuh badan elok je sempurna.
Quote jcopy 1-8-2018 03:58 PM


semoga bantuan br1m bulan lapan ni dapat meringankan beban korang



Quote merrissa 1-8-2018 04:11 PM
sib bek la bapak tinggai kan rumah pusaka.....
Quote C1k_J4h 1-8-2018 04:13 PM
xleh hadam betul mcm mana diorg boleh make love dan anak ramai dlm keadaan rumah sempit mcm tu
Quote insulin 1-8-2018 04:14 PM
C1k_J4h replied at 1-8-2018 04:13 PM
xleh hadam betul mcm mana diorg boleh make love dan anak ramai dlm keadaan rumah sempit mcm tu

Pakai selimut atau kain langsir.
Quote Pink_Purple 1-8-2018 04:14 PM
bahasa kasarnya bawa balik jantan..

xde sorang pun nk usaha cari rumah sewa
Quote Pink_Purple 1-8-2018 04:16 PM
umur 40 pun beranak lagi ke macik oii
Quote C1k_J4h 1-8-2018 04:16 PM
insulin replied at 1-8-2018 04:14 PM
Pakai selimut atau kain langsir.

haha..tp serius ni xleh hadam weh
yg jantan ramai2 dlm rumah tu semua biawak ke hape

Quote nuryakmal 1-8-2018 04:18 PM
gemok2 je tengok semua

Lihat semua komen(326)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.043740 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top