Sekali lagi, selebriti dan ikon fesyen terkemuka, Jennifer Lopez membuatkan dunia internet haru-biru baru-baru ini! Penyanyi dan aktres popular itu dengan beraninya mengenakan kasut but denim dari koleksi Versace's Resort 2019 dan ia dijangka menjadi trending serta kemuncak fesyen untuk tahun 2018.
But itu menjadi buah mulut ramai kerana ia seolah-olah kelihatan seperti sepasang seluar yang sengaja dilondehkan dan sekilas pandang, ramai yang menyangkakan ianya adalah seluar jeans yang sebenar. Tetapi ianya bukan hanya dibuat dari denim, setiap but adalah dari seluar jenis jeans itu sendiri, lengkap dengan poket belakang dan tali pinggang.
J.lo melengkapkan but tersebut dengan pakaian kemeja putih yang besar, tas tangan berwarna hitam dan spek mata yang futuristik. Selebriti itu juga memakai kalung emas yang membentuk huruf "JENNIFER", sekiranya anda terlupa siapakah namanya. Penulis berasa tidak sabar untuk melihat selebriti tempatan terutamanya ikon fesyen Malaysia iaitu Neelofa untuk menggayakan pakaian seperti ini, mungkin di dalam bentuk yang lebih muslimah. Sama-sama kita nantikan. - CARI
|
30
Bagus |
34
Marah |
31
Terkejut |
37
Sedih |
26
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
fushimi replied at 9-8-2018 04:20 PM
mesti hakak lopak akan cuba style acik jlo nanti
merrissa: alahai lisa blackpink dah pakai dah...memang ganji fashionnya... <a href="https://scontent.cdninstagram.com/vp/9109f02c63e50bef6d8a70934f0409b2/5C02812D/t51.28" target="_blank">https://scontent.cdninstagram.com/vp/9109f02c63e50bef6d8a70934f0409b2/5C02812D/t51.28</a> ...
ADVERTISEMENT