CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Mak Bapak Tak Ada Otak Ke?" - Jahanam Pelamin Pengantin Dikerjakan Anak Tetamu

6-8-2018 03:30 PM| Diterbitkan: Cari-Nurulain| Dilihat: 14604| Komen: 86|Original author: Oleh: Ain

Setiap pasangan pasti mengimpikan pelamin indah dan majlis persandingan yang berjalan lancar. Namun, apakan daya apabila pelamin musnah dikerjakan anak tetamu yang lasak.




Pengguna Facebook, Shazlina Aleyna meluahkan rasa terkilannya terhadap kanak-kanak lasak yang telah merosakkan momen terindahnya itu.


Baru betul pelamin anganku musnah



Aduhai, bertabahlah pengantin. Sakit juga hati menahan marah dan sedih melihat 'kejadian' pelamin yang musnah sedemikian. 

Menurut Shazlina, terdapat beberapa anak tetamu yang berlari-lari sambil menarik wayar lampu hiasan.

Lebih menyedihkan, perbuatan anak-anak itu menyebabkan pelamin terjatuh ketika majlis sedang berlangsung.



Ekoran kejadian 'bersejarah' itu, Shazlina mengambil kesempatan mengingatkan ibu bapa supaya mengawal dan memantau pergerakan anak mereka terutama di majlis perkahwinan supaya kejadian sama tidak berlaku kepada orang lain.


Tolong jaga anak anda!



Ramai netizen mengecam kebanyakan ibu bapa yang gagal mengawal anak mereka di tempat orang terutama ketika di majlis penting.

"Dah tahu anak aktif, bukan nak tengok dan jaga. Dibiarkan saja," komen netizen.




Bertabahlah keluarga pengantin



Bagaimanapun, ada netizen membuat andaian kerosakan itu disebabkan anak-anak buah pengantin sendiri, namun dibidas semula oleh Shazlina.

"Habis, mak kepada anak buah pengantin takde otak ke." bidas Shazlina.



Susulan itu, beberapa netizen tampil memberi beberapa cadangan dan nasihat yang boleh dipertimbangkan.


Jangan duduk lama-lama di sesebuah majlis

Bagaimanapun, cadangan netizen yang meminta ahli keluarga untuk memantau pelamin bukan saja ditolak, malah dikecam orang ramai.

Kredit foto: FB Shazlina Aleyna

Sudah menjadi lumrah kanak-kanak teruja di tempat sedemikian, lebih-lebih lagi apabila bertemu 'angkatan' seusia mereka. Namun, ibu bapa perlulah bertanggungjawab memantau gerak-geri anak-anak bagi mengelak perkara sama daripada berlaku. - CARI
16

Bagus
24

Marah
27

Terkejut
22

Sedih
31

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (135 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote munchkin 6-8-2018 03:34 PM
Budak budak kata mak pak masibai ni
Quote fushimi 6-8-2018 03:36 PM
iols germa je jenis mak bapak yang buat bodoh je ngan anak

kalau dah tahu anak ko tu buas cam monyet boleh tak tolong jaga betul betul

ni dah menyusahkan orang

Quote buragazz 6-8-2018 03:39 PM
Haha bangang ada suruh tuan rumah tgk pelamin klu aku memang boleh tgk tapi siap la anak2 ko kene jerit tegak2 kat situ ko nak malu ke atau ko nak jaga anak ko period...
Quote lolita737 6-8-2018 03:57 PM
nanti kalau kita marah2 anak dpn org ramai, org pandang kita pulak serong..

itulah yg sy alami sekarang..bila sy marah anak, anak nangis ke apa msti ada yg buat muka mcm sy dera anak depan diaorg..

nnt kalau kita xtegur diaorg jeling kita jugak..sbb tu kalau ada kwn2 ajak pi rumah or wedding ke malas nk pergi..

Quote Lorra2411 6-8-2018 04:02 PM
bertabahlah pengantin
Quote ckenj 6-8-2018 04:14 PM
ya..sekadar aip aip je tak jalan..mulakan ajaran dr rumah, jelingan kan and tgn kasi jalan sikit. start dr kecik. lantak la org ckp kita grg.jnji anak tak merepek kat umah org.
Quote Dragonkings 6-8-2018 04:16 PM
Itulah mak bapak zman sekrang.....klu budak tu buas....die akan ckp...budak2.....budak2 abah kau.....sbb budak la kne didik...kne bgtau.....dh jd org tua xgune dh didik....sbb mak bapak la rmai budak2 kecik skang kurang ajar...jgn kate majlis kawin....dlm masjid pun mcm tongkang pecah dibuatnye.....org nak solat pun terganggu....tp xleh nak ckp ape.....klu marah...nnti org ramai kate....jgn marah....nnti xnak dtg dh budak tu ke masjid......pale tokek....
Quote ad_hoc79 6-8-2018 04:24 PM
kesiannya.... dahlah majlis tengah jalan
Quote Nana_Man 6-8-2018 04:29 PM
Omg!!! Kalau anak2 aku yg buat gini, malu nyer.. mesti cepat2 laki aku nk bayar ganti rugi walau sebanyak maner duit tu takkn cukup pasal majlis org dah rosak.. mesti ade  yg nmpk budak2 tu kat pelamin kan? Takkn takde yg suruh turun? So far, aku tk perna lah nmpk budak2 gi kat pelamin masa majlis tengah berlangsung kecuali waktu ambil gambar.kalau ade pun masa majlis tu dah nak abis.
Quote Artemesiaa 6-8-2018 04:35 PM
Kesiannya sesiapa pun pasti akan marah kalau dah jadi macam tu.  Pasti belanja nak membuatnya pun bukannya murah.  Sebab tu pentingnya didikan dari rumah mengenai adap bila berada ditempat kenduri macam ni.  Kalau terus mempersalahkan tuan rumah sampai bila pun masaalah tak akan selesai.
Quote chinta89 6-8-2018 04:37 PM
jenis mak pak otak di lutut.
Quote shernazz 6-8-2018 04:43 PM
Kebiasannya kalau.nampak.bebudak.kat pelamin..mmg ada yang suruh turun..bebudak.ni ketegaq kot
Quote meow_tompok 6-8-2018 04:45 PM
buat majlis yg lebih exclusive, limitkan jumlah tetamu
dah ramai sangat mmg jadik mcm ni ler... pening
Quote erishuji 6-8-2018 04:51 PM
ni anak2 sedare mare pengantin ke ? kalau majlis dalm dewan gini jarang i nampak budak2 berani naik pelamin, unless kaum kerabat pengantin.
Quote salmon-suki 6-8-2018 04:54 PM
Pelamin tu xjth atas budak2 tu ke?kalau jatuh,better laa..pengajaran for them n their parents sbb kecik2 camni x diajar,so they must learn to behave in a harsh way lah..
Quote beeeee 6-8-2018 05:03 PM
bebudak camni kalau tak dapat jeritkan, cubitan halus tu baru reti diam. melenting mcm kelkatu mabuk makpak lepak je berbual
Quote palmolive 6-8-2018 05:12 PM
dah tak larang memang la...cuba larang..lantak la mak bapak dia kecik ati pun
Quote sonatalady 6-8-2018 05:32 PM
Mak bapak leka buat sendiri.
kdg2 nampak anak2 buat apa..tp sengaja buat bodoh..
Itu jenis mk bapak skg..sygkan anak..kita tgk aje..
Mcm tu # hidup dorang.
Quote dubuk 6-8-2018 06:42 PM
budak budak kapla bapa au

Lihat semua komen(86)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.090472 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top