CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Diminta Hiasi Vogue September, Ini Syarat Beyonce Buat Anna Wintour!

5-9-2018 11:35 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 5512| Komen: 15|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Setiap tahun menjelang bulan September, majalah-majalah fesyen akan mengeluarkan isu khas yang lebih tebal dan dipromosikan secara besar-besaran. 

Isu September selalu mengetengahkan trend baru yang lebih segar dan dijangka akan menguasai pasaran pada tahun mendatang. 

Sebab itulah majalah ini berlumba-lumba mendapatkan nama besar untuk menjadi covergirl mereka. Salah seorang yang menjadi rebutan ialah penyanyi terkenal, Beyonce.


Kredit Foto: Chicago Suntimes

Ketika ditawarkan oleh editor Vogue, Anna Wintour untuk menghiasi muka depan majalah fesyen paling ternama di dunia itu bagi keluaran September 2018, Beyonce mempunyai satu permintaan khas iaitu 'Kuasa'. 


Ya, Beyonce mahu diberikan kuasa sendiri untuk menentukan arah tuju keluaran khas itu nanti. Kuasa untuk memilih gambar, konsep, jurukamera, menulis kapsyen, dan menentukan cerita yang akan ditulis. 

Kuasa, sesuatu yang sukar dilepaskan oleh editor lagenda seperti Anna Wintour tetapi demi Beyonce, semuanya diturutkan.


Kredit Foto: The Daily Edge

Ternyata keputusan Anna itu berbaloi. Isu Vogue keluaran September dengan muka depan Beyonce mula beredar di pasaran dan antara yang menjadi bualan adalah gambar-gambar menarik diambil jurufoto muda Tyler Mitchell, 23. 

Tyler mencipta sejarah sebagai jurugambar berkulit hitam pertama dipilih untuk sesi fotografi muka depan Vogue.


Kredit Foto: CNN Edition

Selain itu, Beyonce menulis sendiri kandungan majalah mengenai isu-isu yang dianggapnya penting. Isu yang ditulis oleh Beyonce sangat peribadi seperti kisah mengenai kandungannya, badannya dan bagaimana dia tertekan untuk mengembalikan bentuk badan tiga bulan selepas bersalin bagi menjayakan konsertnya. 

Beyonce juga menceritakan masalah kesihatan yang dihadapinya selepas bersalin selain mengeluh kerana ruang untuk pengamal fesyen dan jurugambar kulit hitam seperti Tyler masih terhad.


Kredit Foto: CNN Edition

Jika anda ingin membaca banyak lagi cerita tentang Beyonce, dapatkan Vogue keluaran khas September di pasaran! - CARI
47

Bagus
37

Marah
25

Terkejut
42

Sedih
48

Lawak
36

Bosan

Friends Rank (235 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 5-9-2018 12:36 PM
Nampak sikit kelainan berbanding versi sebelumnya yang kelihatan amat sexy
Quote belilies 5-9-2018 12:36 PM
Ios tak pernah minat ngan beyonce ni. Diva ya hamat. Lagu taklah jingle sangat to my ears. Not my cuppa tea. Fonden2 minatlah lagu sheols. Tapi iols suka sheols demand utk masuk vogue. She really deserved it since kim k merayu rayu via her tok laki sbb nak masuk vogue dulu kala. Kim k who?
Quote goss79 5-9-2018 02:12 PM
dah mmg diva kekwat, of cos lah byk permintaan acik beyonce
Quote BoLapciOus 5-9-2018 02:21 PM
you go girllsss!!lantokla org nak kata apa..ttp diva jugek
Quote samasam90 5-9-2018 04:46 PM
Sheolls very the feeling goddesss walaupun album tak selalu nombor 1. Tapi tetap iolls sembah ratu.
Quote MeghanK 5-9-2018 04:54 PM
nak g beli

#beyhive
Quote minahgempal 6-9-2018 01:48 AM
apa yg dia diva?cer cieta..nk jgk tau..
Quote dauswq 6-9-2018 06:27 AM
samasam90 replied at 5-9-2018 04:46 PM
Sheolls very the feeling goddesss walaupun album tak selalu nombor 1. Tapi tetap iolls sembah ratu.

album dia selalu no. 1 sejak debut sheols lagi noks..

sheols punyai 6 album no.1 kecuali album gandingan dgn jay park yg jatuh no.2


mgkn uols maksudkan tu album rihanna kot

sekali jek seingat iols album dia dpt no.1 wlpn single - single byk no.1 dlm billboard


Quote chikumanis 6-9-2018 11:32 AM
if worth to buy, i'll buy...if not,  selak2 go thru je...
Quote mieymiey 6-9-2018 12:46 PM
Tetap gojes walaupun pasu bunga melekat kat kepala.
She can carry off that style.
Quote Orix 6-9-2018 03:36 PM
dauswq replied at 6-9-2018 06:27 AM
album dia selalu no. 1 sejak debut sheols lagi noks..

sheols punyai 6 album no.1 kecuali album ...

Jay park ke jay z ?
Quote dauswq 6-9-2018 04:13 PM

tersasul lak dgn penyanyi korea
pantang tgk nama jek



Quote Orix 6-9-2018 05:56 PM
dauswq replied at 6-9-2018 04:13 PM
tersasul lak dgn penyanyi korea
pantang tgk nama jek

Iols tahu jay park duet ngn mizz nina je. Xtau lak dia penah duet ngn queen b. Tanjat iols
Quote cassriena 7-9-2018 01:17 PM
the 1st thing yg capture my eyes is macam ada seketul pasu bunga terletak di kepala dia pulak...

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:37 PM GMT+8 , Processed in 0.282461 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top