Betul ke Jennifer Aniston sekejam itu? RadarOnline hari ini melaporkan Jennifer Aniston 'tersenyum gembira' mendengar perkhabaran bahawa musuh ketatnya Angelina Jolie sedang berperang besar dengan bekas suaminya Brad Pitt. Menurut sumber RadarOnline , Jennifer 'bertepuk tangan' apabila mendengar Angelina sedang menderita sepanjang perbicaraan kes perceraiannya dengan Brad Pitt. Seperti yang diketahui umum, banyak gosip lama menyatakan Brad Pitt dan Angelina saling jatuh cinta sewaktu mereka berdua terlibat dalam penggambaran filem Mr & Mrs. Smith pada tahun 2004 ketika Brad Pitt masih berstatus suami kepada Jennifer. Khabarnya Jennifer memang menantikan perkhabaran ini dari dulu lagi. Menurut sumber lagi Jennifer tidak pernah meragukan hubungan Angelina dan Brad Pitt bakal bercerai. Jennifer yakin kisah dan gambar-gambar romantik Brad Pitt dan Angelina dalam media selama ini hanyalah sebahagian kecil sedangkan di belakang media mereka berdua selalu berperang. Sebelumnya TMZ melaporkan perbicaraan cerai Angelina dan Brad Pitt di mahkamah semakin memanas sehubungan pertikaian mengenai hak penjagaan dan nafkah anak-anak. Angelina yang baru-baru ini mendapat bayaran jutaan dolar untuk filem Maleficent menuduh Brad Pitt membayar nafkah hanya seciput. Brad Pitt membalas kenyataan itu dengan menyatakan sudah membayar lebih USD 9 juta nafkah anak sejak mereka berpisah pada tahun 2016. Sebaliknya Jennifer Aniston pula baru bercerai dengan suaminya pelakon Justin Theroux. Adakah senyuman gembira itu petanda Jennifer masih menyayangi Brad Pitt atau sekadar puas hati dengan balasan 'karma'? Hanya Jennifer Aniston yang tahu isi hatinya! -CARI |
18
Bagus |
9
Marah |
20
Terkejut |
12
Sedih |
19
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Foxey replied at 20-8-2018 10:05 AM
mesti jen is like "hambik kaw, biar ko rasa apa yg aku rasa dulu"
ADVERTISEMENT