Penyanyi terkenal Aretha Franklin, 76 tahun dilaporkan sakit tenat. Menurut sumber beberapa media antaranya People, keluarga Aretha hari ini menyatakan beliau sedang bergelut dengan kanser dan doktor memberitahu tempoh hayatnya kini tidak akan lama.
Sejak diagnosis penyakit tersebut beberapa tahun lalu, tubuh badan Aretha dikatakan susut lebih 85 pounds (38.5 kg) dan beliau menghabiskan masanya mendapat rawatan di sebuah hospital di Detroit dan sudah jarang tampil dalam mana-mana persembahan.
Penyanyi yang mendapat julukan 'Ratu Soul' itu popular dengan lagu-lagu seperti Respect, Natural Woman, I Say a Little Prayer, Chains of Fools dan banyak lagi. Dalam kariernya selama beberapa dekad, beliau memenangi hampir 18 anugerah Grammy dan salah seorang daripada artis paling laris dengan jualan album melebihi 75 juta seluruh dunia.
Aretha juga adalah penyanyi wanita pertama mendapat pengiktirafan Rock & Roll Hall of Fame. Majalah Rolling Stones mengiktiraf Aretha sebagai salah seorang daripada 100 Greatest Artists of All Time dan 100 Greatest Singers of All Time. Sejurus selepas berita beliau sakit tenat tersebar, selebriti dan peminat menyampaikan ucapan dan doa kepada Aretha dan ahli keluarganya. Penyanyi terkenal Mariah Carey memuatnaik gambar Aretha dengan caption 'praying for the Queen of Soul' di twitternya. Begitu juga dengan Missy Elliot, Ciara, Steven Tyler, Oprah dan ramai lagi. Kredit Foto: Twitter Rakan rapat Aretha, Evrod Cassimy menyatakan seluruh ahli keluarga Aretha telah berkumpul di hospital untuk sebarang kemungkinan. Kita doakan yang terbaik buat Aretha dan keluarganya. - CARI |
26
Bagus |
35
Marah |
33
Terkejut |
23
Sedih |
16
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT