Infinence, jenama fesyen dan lifestyle di bawah bumbung Sahajidah Hai-O Marketing Sdn Bhd telah berkolaborasi buat kali pertamanya dalam Kuala Lumpur Fashion Week 2018 baru-baru ini.
Ia merupakan kerjasama julung kali sebagai Supporting Brand untuk acara gilang gemilang tersebut. Bagi yang tidak mengetahui, Infinence yang mengetengahkan fesyen yang mewah dan konsep lifestyle telah dilancarkan pada penghujung tahun 2016. Ia telah diasaskan oleh Mr K.K Tan dan diinspirasikan daripada ikon fesyen antarabangsa Prof Datuk Jimmy Choo.
Infinence telah berkolaborasi dengan beberapa nama besar dalam industri fesyen termasuklah Prof Datuk Jimmy Choo sendiri sebagai konsultan jenama, Rizman Ruzaini yang mereka koleksi hijab untuk Infinence dan Nur Fazura selaku duta kepada koleksi kasut dan bag Infinence. "Dengan kolaborasi Infinence dengan KL Fashion Week ini, ia menjadi titik tolak kepada langkah yang lebih besar kepada Infinence sendiri dalam industri. "Walaupun baru berada dalam industri kurang daripada 2 tahun, namun kami yakin Infinence akan terus mengorak langkah dan momentum dalam senario fesyen dengan mengetengahkan pengalaman luar biasa menerusi produk premium kami," ujar Mr K.K. Tan. Dalam pada itu, Infinence turut mengambil bahagian dalam fashion show di KLFW2018 dengan memperagakan tiga koleksi Ready-to-Wear yang akan berada di pasaran selepas acara tersebut. Tiga koleksi tersebut ialah Basic Collection, Holiday Collection dan Luxe Collection. "Kita mensasarkan untuk lancarkan ketiga-tiga koleksi ini dalam tiga peringkat berbeza pada bahagian kedua 2018 sehingga bahagian pertama 2019. "Kami juga mensasarkan untuk memperkenalkan koleksi pertama ini di pasaran pada September 2018. Ia akan diumumkan menerusi akaun Instagram @infinenceofficial," kata pengasasnya lagi.
|
2
Bagus |
6
Marah |
10
Terkejut |
13
Sedih |
5
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
rogayahtop replied at 17-8-2018 06:06 AM
hai o ni ramai acik bawang berjilbab jugak nok.
ADVERTISEMENT