Pelakon, model dan penyanyi Asia Argento yang juga teman wanita mendiang Anthony Bourdain dituduh merogol remaja lelaki bawah umur.
Sebelum ini, warga Itali itu yang juga aktivis gerakan anti gangguan seksual #metoo, telah menuduh penerbit ternama Harvey Weinstein merogolnya. Asia Argento bagaimanapun, menafikan tuduhan merogol remaja lelaki yang ketika itu berumur 17 tahun. Beberapa akhbar di Amerika Syarikat mendedahkan nama remaja lelaki itu sebagai pelakon meningkat naik, Jimmy Bennett yang kini berusia 23 tahun.
The New York Times melaporkan bahawa pada 2013, Asia Argento telah melakukan hubungan intim dengan Jimmy di sebuah bilik hotel di California. Asia dan Jimmy pertama kali bertemu pada tahun 2004 ketika sama-sama membintangi filem The Heart is Deceitful Above All Things, di mana Jimmy melakonkan watak anak kepada Asia berusia tujuh tahun. Menurut Jimmy, walaupun tahu dia di bawah umur, Asia telah memberikannya alkohol, melakukan hubungan seks oral dan kemudian mengajaknya melakukan seks. Jimmy kemudian melaporkan perkara itu kepada pihak polis, tetapi Asia membayarnya sebanyak ASD380,000 (RM1,539,760) untuk menarik balik laporan terebut. Asia Argento menafikan semua tuduhan itu dan bertegas tidak pernah melakukan hubungan dangan Jimmy. Bagaimanapun, apabila peguam Jimmy mengugut akan mendedahkan perkara itu, mendiang Anthony Bourdain telah membayar peguam Jimmy untuk mengelakkan publisiti negatif. Anthony Bourdain kemudian ditemui mati membunuh diri tidak lama kemudian. Walaupun Asia cuba menafikan perkara tersebut, TMZ telah memuat naik banyak bukti termasuk gambar-gambar intim atas katil, teks dan memo di antara mereka berdua. Persoalannya, adakah ini punca Anthony Bourdain membunuh diri? - CARI
|
40
Bagus |
21
Marah |
32
Terkejut |
43
Sedih |
31
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
AbukRokok replied at 25-9-2018 12:09 PM
pompuan rogol laki?
chicozinn replied at 25-9-2018 12:11 PM
bila masa anthony ni mati??
Sang_Pencinta replied at 25-9-2018 12:14 PM
4 bulan lepas
Bunuh diri
Sang_Pencinta replied at 25-9-2018 04:57 AM
Jimmy ni pun sama macam ular jugak
Suka sama suka pun mengugut minta duit dengan Asia Argento?
Minami2013 replied at 25-9-2018 01:05 PM
Sbb sayang kot. Selama ni i pun wonder why die bunuh diri. So, make sense la kalo di sbb kan kes n ...
ADVERTISEMENT