CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Buku Kat Malaysia Mahal" - Betul Ke Banyak Kedai Buku Tutup Sebab Harga Buku Mahal?

24-8-2018 02:08 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 9133| Komen: 61|Original author: Oleh: Azza




Berita yang sangat menyedihkan buat penggemar buku. Melihat satu persatu syarikat gergasi penjualan buku menutup operasinya membuatkan kita perlu menerima hakikat yang teknologi juga sebenarnya membunuh industri buku fizikal ini.

Tidak hanya itu, ada juga menyifatkan bukan pertukaran medium dari fizikal ke teknologi maya yang dipersoalkan, namun kerana habit orang Malaysia sendiri yang malas membaca yang memusnahkan industri buku itu sendiri.

Terbaharu, kedai buku MPH cawangan 1 Utama akhirnya mengucapkan selamat tinggal setelah beroperasi selama 15 tahun amat menyentuh hati. Benarkah ia kerana kecanggihan buku di alam maya semata-mata?


Kredit foto: Twitter



Namun, menurut sesetengah netizen, mereka berpendapat yang buku fizikal di Malaysia sangat mahal berbanding di luar negara. Jadi, rakyat berhak memilih untuk tidak membeli.

Kredit foto: Google

Jadi, betul lah, bukannya rakyat Malaysia malas membaca. Jika begitu, tidak mungkin Pesta Buku Antarabangsa dan Big Bad Wolf menjadi pesta yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh penggila buku. Maklumlah harganya yang murah hingga mereka membeli bagaikan tiada hari esok pula.



"Hai, takkan beli kopi RM16 boleh, tetapi beli buku nak berkira pula?"



Ada pula yang mengatakan faktor lokasi yang memainkan peranan. Dalam hal ini, MPH di One Utama yang kebanyakkannya dihuni oleh orang berada ini mungkin tidak membeli buku hingga gedung ilmu ini terpaksa ditutup.


Kredit foto: Google

"Hey! Jangan tuduh-tuduh ya. Mungkin mereka sebenarnya beli secara 'online'."


Malahan, warga Twitter juga sempat membuat lawak 'sarcasm'.

Kredit foto: Google

Zaman berubah, teknologi juga semakin hebat dan manusia juga berubah citarasanya. Adalah tidak adil menunding pihak-pihak lain dengan penutupan kedai buku ini. Maklumlah, setiap zaman mencatat sejarahnya yang tersendiri. Jadi, bagi generasi yang seterusnya diharapkan sentiasa menimba ilmu, tidak kira walau apa pun caranya. - CARI 

15

Bagus
26

Marah
15

Terkejut
33

Sedih
29

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (139 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SLAManya 24-8-2018 02:40 PM
member iols beriya je tunggu BBW
hujung2 beli novel beratus2
novel cinta berangan hidup
buang masa jah

iols kalau pergi bbw suka beli buku2 pasal natural remedies, motivasi, biography, arts
sebab kalau bukan kat bbw, mahal gilos buku2 tersebut
Quote salmon-suki 24-8-2018 02:53 PM
Mmg pricey buku2 y dijual kt book store..dulu pricey and kualiti seiring tp skrg buku paperback y kertas kaler kuning2 tu bley cecah 50,berbanding dulu beli paperback tp kertas berkualiti drpd y ni bwh 50..
Lagi satu,xde byk informasi y up2date,salunye novel2 chenta,novel2 vampire,novel2 werewolf,marvel heroes etc,bosan ler theme gitu...komik2 pn makin mahal,makin nipis lak tu..better baca online dan kat apps saje..huhu
Quote kucingitam 24-8-2018 02:57 PM
betul la..harga mahal, pastu buku novel pun dah tah pape je sekarang ni.
komik? aku tgk dah ala2 kpop punya komik..nak bagi anak aku baca pun macam geli jek..
eh..mmg tak bestlah buku2 sekarang..
Quote Orix 24-8-2018 03:52 PM
Yg penting buku fattah amin 99 haram jadah sold out yach pd harga rm50
Quote AbukRokok 24-8-2018 03:56 PM
ni semua salah nejib
Quote cmf_premierleag 24-8-2018 04:10 PM
akak prefer baca e-book
sbb minimalis...x kuasa nk simpan byk barang2 kat rumah
buku2 lama pun akak dah let go. koleksi novel sophie kinsella, mag cabot, dan brown, khaled hosseini etc tu sume akak dah donate
minimalist.......is a way of life
Quote kroit92 24-8-2018 04:52 PM
memang mahal pun..
gila-gila mahal..

alhamdulillah la sekarang boleh baca apa-apa yang kita nak di hujung jari, walaupun tak puas sebab bukan kertas.
aku sekarang baca novel pun, web novel, light novel je kat internet. free, volume banyak, banyak pilihan, genre, translation, jepun, china, korean ke english.
Quote ~boolean 24-8-2018 04:57 PM
paperback pada harga kurang 50 ringgit masih lagi murah pada wallet aku
hardcover saja yang buat aku fikir 2-3 kali nak membeli atau tak...

buku yang dijual di big bad wolf, walaupun murah, tapi tidak banyak title yang menarik minat aku.
bookstore masih lagi menjadi pilihan.


Mana2 poremer yang kata buku sekarang makin tak best,
banyak-banyakkanlah lagi explore dan membaca buku luar dari genre yang kita selalu baca
masih banyak buku berkualiti,
antara nak cari atau tidak saja
Quote palmolive 24-8-2018 05:22 PM
camner leh tau harga buku mahal..membaca pun malas
Quote meisapoya 24-8-2018 06:28 PM
I pon dah x lalu nak masuk bookstore sbb nya, buku kat depan kedai tu semua bbnu. Semak mata. Last2 e-book je lah. Ni pon nak start baca physical balik sbb i makin rabun :,(
Quote Foxey 24-8-2018 06:32 PM
Fox prefer baca buku betul banding dengan ebook. And I still buy them.
Quote padme 24-8-2018 07:01 PM
meisapoya replied at 24-8-2018 06:28 PM
I pon dah x lalu nak masuk bookstore sbb nya, buku kat depan kedai tu semua bbnu. Semak mata. Last2  ...

U gunala reading glasses yang filter blue light tu..or guna night shift..
Quote missus_meow 24-8-2018 07:26 PM
harga mahal, selection very very limited.  ahkak terpaksa order kat amazon jadinye
Quote meisapoya 24-8-2018 07:30 PM
padme replied at 24-8-2018 07:01 PM
U gunala reading glasses yang filter blue light tu..or guna night shift..

I mmg pakai pon yg tu u... still naik heheee
Quote hasniey 24-8-2018 07:56 PM
org skrg ramai beli online laa
ai pon skrg beli online je.
cuma kene tgu la pos laju smpai rumah
Quote moonbug 24-8-2018 08:03 PM
Real books jugak the best. Tapi memang agak mahal harga buku. Yang BBW kurang menarik sebab buku-bukunya old stock, published dah banyak tahun, bukan buku baru. Kalau nak yang current year kena ke bookstore juga
Quote Megikari 24-8-2018 08:54 PM
I baca ebooks je. Save the trees, save our planet
Quote armin 24-8-2018 09:17 PM
BBW mostly buku off season yang tak best.. kalau kt bookstore mahal sgt pulak
Quote Nana_Man 24-8-2018 10:01 PM
i dah lamer tak beli buku2 untk diri sendiri atau anak2, melainkan buku-buku ulangkaji atau buku cerita agama untk anak2. Pasal ada library dkt ngan rumah. Library skola anak2 pun ada bnyk buku yg dorang suke, jd tk payah nk beli. Save duit.

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 08:56 AM GMT+8 , Processed in 0.044484 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top