CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Serina Redzuawan Bengang! Produknya Didakwa Punca Pesakit Kanser Meninggal Dunia

24-8-2018 01:23 PM| Diterbitkan: Cari-Amirah| Dilihat: 16150| Komen: 98|Original author: Oleh: Amirah

Serina redzuawan berang! Gara-gara ada seorang wanita mendakwa ibu saudaranya yang menderita penyakit kanser meninggal dunia akibat minum produk jus durian belanda keluarannya.


Menurut pelakon tersebut, tuduhan tersebut adalah tidak logik sama sekali kerana produknya itu hanya dikeluarkan tahun lalu manakala ibu saudara wanita itu telah meninggal dunia pada 2015.


"Masya-Allah ada juga yang busuk hati nak sabotaj bisnes Serina. Nak tuduh kononnya kerana air ini punca Mak Long dia meninggal dunia.

"Logiklah sikit air ini saya baru keluarkan 2017, macam mana pula Mak Long dia meninggal 2015, air ini pun tak wujud lagi," tulisnya di Instagram.

Kalau dilihat pada status wanita berkenaan, dia mendakwa ibu saudaranya minum air tersebut selepas disyorkan oleh seseorang.


Malah penjual itu juga mendakwa ibu saudaranya tidak perlu melakukan rawatan kimoterapi sekiranya minum jus tersebut.

Difahamkan kanser ibu saudaranya terus merebak ke peringkat empat dalam tempoh kurang setahun.


Kesal dengan tuduhan itu, Serina memberi peringatan terhadap individu itu tersebut supaya berhenti menabur fitnah.

Dia juga menggesa individu terbabit agar tampil memohon maaf dan meminta agar peminat dan pelanggannya tidak mudah percaya dengan penipuan tersebut. -CARI
11

Bagus
19

Marah
37

Terkejut
29

Sedih
19

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (130 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chazey 24-8-2018 01:39 PM
500ml for 9 hengget untuk air jagung bodo??!

FIRAUN!
Quote umbut 24-8-2018 01:45 PM
ArwH kwn aku dulu pun mati.. lps minum air apa ntah.. tetiba trigger kanser
Quote shernazz 24-8-2018 02:19 PM
Yang dikqtakan pengubat kanser tu daun durian belanda
Bukan durian belanda itself kan..
Quote CardiGans85 24-8-2018 02:21 PM
Kadang2 makanan yang baik untuk seseorang pesakit kanser itu, tak ok untuk pesakit kanser lain walaupun hadapi kanser yang sama jenis. Badan kita lain2, jangan lah pukul rata.

Mati itu pasti cuma method je tak sama.

Btw, kenapa air jagung mahal sangat?
Quote awanearisu 24-8-2018 02:29 PM
Kenapa pergi letak label "anti-kanser" di botol..
Quote gummygummy 24-8-2018 02:43 PM
anti kanser? wowwww
Quote sue_liah 24-8-2018 02:47 PM
air jagung tadah dr syurga ke mahal gilos

kalu gi pasar mlm air jagung ikat tepi

rm9 berapa byk dpt...puas minum
Quote matkpop 24-8-2018 03:01 PM
tiba2 mengidam air jagung klebang
Quote kucingitam 24-8-2018 03:02 PM
mak sedara kau sendri yg salah dik oii..pi dgr cakap org buat apa? tak pegi kimo kenapa?
ujung2 salahkan serina pulak..walaupun dia kata produk dia anti kanser..
jaga bebaik..satgi bapak dia melahar kau..tembus sampai ke otak tau dik..
Quote buapakperut 24-8-2018 03:21 PM
bila ada orang cakap mende tu anti kanser terus berpusu2 orang2 bermodal nak tangguk kekayaan. dokter mana yang iktiraf suplement ko tu anti kanser?
Quote buapakperut 24-8-2018 03:22 PM
minum la air jagung botol mustard dia banyak2 biar jadi gundu.
Quote dekmieDandy 24-8-2018 03:30 PM
tapi sis mana boleh tulis makanan=ubat

salah wei
Quote saizeriya 24-8-2018 04:05 PM
Edited by saizeriya at 25-8-2018 06:19 PM
shernazz replied at 24-8-2018 02:19 PM
Yang dikqtakan pengubat kanser tu daun durian belanda
Bukan durian belanda itself kan..


Ye, daunnya. Tapi medical research dah buktikan yg over consumption of daun durian belanda dan buahnya boleh menyebabkan penyakit Parkinson.
Quote azimodin 24-8-2018 04:12 PM
Hari tu iouls tengok documentary kat discovery "First In Human" pasal satu bagunan dekat National Institute of Health America & dorang mmg pioneer kaedah2 baru merawat penyakit yang masih xde ubat/rawatan yang berkesan. Ada sorang pesakit tu kena melanoma, kajian yang berpuluh tahun pon xdapat sembuhkan. kita pon kagum dorang buat siasatan sampai ke level gene dalam DNA.

Kat malaysia senang je jual air penyembuh segala penyakit.
Quote LadyDiddy 24-8-2018 04:30 PM
Orang tua ni bila ada yang cakap takyah gi hospital memang laju je la angguk2 kepala...nak pulak kimo tu side effect dia teruk...orang tu pun ada mentioned family diorang dah nasihat tapi tak jalan...so iols tak salahkan family orang tu seratus peratus..

Penjual2 kat malaysia ni pls la be more responsible jangan pikir untung je...berjanji bulan bintang sampai nyawa tergadai...tak rasa bersalah ke

To Serina, jangan defensive sangat...sah2 awak dah salah bila letak anti kanser kat botol minuman tu...baru2 ni ada sorang doktor komen pasal produk ni jugak..pls jangan mislead...awak tu selebriti pls be more responsible with what u r selling
Quote pujanggacinta 24-8-2018 04:54 PM

sefahaman meolls
anti kanser tu bukan bermaksud ubat kanser
buah durian belanda, daun belalai gajah, blueberries, raspberry, pomegranate
ni sllnya bagus dimkn utk kurangkan risiko kanser atau cegah

kimo dan radiotherapy ttp kene buat serta ubat steroid kanser ttp kene mkn
Quote kiah_mai_pulak 24-8-2018 04:59 PM
Dulu tgk Serina ni biasa2 je, sekali lalu jahh konsepnya, tapi la ni.. naik menyampah.. mungkin sbb ayah nya yg mulut lembik mngta org serba tak kena.. mulut ayah x selevel dgn perangai anknya
Quote famri7 24-8-2018 05:13 PM
Heshe bodoh ke sis? Sesuka hati letak antikanser kkm x cashkan jah ?
Quote fushimi 24-8-2018 05:19 PM
kenapa jual air macam tu nak kena letak anti kanser bagai

yang tu aku conpius

nak jual air tak salah tapi kalau nak claim sampai anti kanser tu dah macam menipu pulak

Lihat semua komen(98)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:36 AM GMT+8 , Processed in 0.056764 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top