Seorang lelaki menembak dua pesaingnya sebelum maut selepas menembak diri sendiri di sebuah kejohanan permainan video di Florida. Memetik The Sun, dalam kejadian yang berlaku di Jacksonville pada Ahad, David Katz menembak dua peserta Kejohanan Madden NFL 2019 selepas kalah dalam pertandingan eSport berkenaan.
Lelaki berusia 24 tahun dari Baltimore, Maryland itu juga menyebabkan 11 lagi cedera dalam tembakan rambang berkenaan. Menerusi rakaman, dua pemain dilihat sedang bersembang sebelum satu titik merah muncul di dada salah seorang pemain beberapa saat sebelum bunyi tembakan. Salah seorang saksi, Steven “Steveyj” Javaruski yang menyertai kejohanan itu berkata kepada LA Times, Katz mensasarkan beberapa mangsa dan menembak sekurang-kurangnya lima orang sebelum menembak diri sendiri. Seorang lagi saksi memberitahu Fox News, penyerang terbabit baru saja tewas dalam kejohanan berkenaan sebelum mengamuk dan mula melepaskan tembakan. Sherif Mike Williams mengesahkan 11 cedera dan dua daripada mereka cedera ketika cuba melarikan diri dalam serangan itu. Katz sebelum ini pernah menjuarai Kejohanan Madden pada Februari tahun lalu. - CARI
|
20
Bagus |
23
Marah |
25
Terkejut |
24
Sedih |
29
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT