CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Projek Forest City Dilarang Jual Kepada Warga Asing- PM

28-8-2018 12:10 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6295| Komen: 57


Setelah sebelum ini beberapa kali mengecam projek Forest City di Johor, semalam Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan bahawa Malaysia tidak akan membenarkan warga asing membeli unit kediaman yang dibina di projek tersebut termasuk tidak akan beri visa.


"Satu perkara yang pasti, bandar yang akan dibina tidak boleh dijual kepada orang asing. Kami tidak akan memberikan visa untuk orang datang dan tinggal di sini."

Kredit foto: carian internet

Memetik laporan mStar, beliau menjelaskan, kerajaan Malaysia menolak projek mega tersebut kerana ianya dibina untuk warga asing dan rakyat tempatan langsung tidak mampu beli.

"Kami menolak kerana ia dibina untuk orang asing, tidak dibina untuk rakyat Malaysia. Kebanyakan rakyat Malaysia tidak dapat membeli rumah pangsa itu." 


Tun Mahathir berkata demikian dalam satu sidang media yang diadakan semalam. 

Difahamkan pemaju Country Garden Holdings Co akan menilai kembali perancangan pembinaan kediaman untuk 700,000 orang selepas Mahathir memerintah kerajaan baharu.- CARI

34

Bagus
26

Marah
34

Terkejut
28

Sedih
32

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (169 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Elle_mujigae 27-8-2018 02:35 PM
harga rumah kat Forest City ni mahal kan...?... sebab memang developer target orang asing (China people) yg beli..so now how...huhu...

Quote insulin 27-8-2018 02:41 PM
Elle_mujigae replied at 27-8-2018 02:35 PM
harga rumah kat Forest City ni mahal kan...?... sebab memang developer target orang asing (China peo ...

China tu tersangatlah luas. Alih2 bersungguh beli rumah di negara kita yang kecil ni. Tak lain tak bukan mesti berkaitan money laundering.
Quote Elle_mujigae 27-8-2018 02:43 PM
insulin replied at 27-8-2018 02:41 PM
China tu tersangatlah luas. Alih2 bersungguh beli rumah di negara kita yang kecil ni. Tak lain tak ...

ooooooooooooooooooooooo....never think of that...ada kemungkinan money laundering rupanya....  

kalau ada 50% diskaun utk rumah2 di Forest City, jom la kita semua borong...haha...pakat2 jadi bangsa Johor..
Quote insulin 27-8-2018 02:47 PM
Elle_mujigae replied at 27-8-2018 02:43 PM
ooooooooooooooooooooooo....never think of that...ada kemungkinan money laundering rupanya....  

...

Yup. I baca mereka ni khuatir Yuan devaluation. So diorang bawa keluar duit mereka dari China dan beli aset2 di negara asing. Padahnya, aset2 di negara asing naik harga.

Rumah pangsapuri tak best. Rumah landed best. Boleh tanam pokok2 dan cuci kereta di halaman rumah.

Quote dodolgemokgila 27-8-2018 02:51 PM
Habislah meroyan China komunis rakan seperconolotan cacai dan lobai xdpt beli unit di forest City. Macam mana cacai nak jmpa teman komunis cmni? Tolong tolonggggg
Quote Elle_mujigae 27-8-2018 03:06 PM
insulin replied at 27-8-2018 02:47 PM
Yup. I baca mereka ni khuatir Yuan devaluation. So diorang bawa keluar duit mereka dari China dan  ...

tq for the info..new thing I learn today...yeay...

rumah condo la best..duduk atas awan.....
kita sekarang duduk rumah landed tapi still hantar basuh kereta kat car wash juga..hoho...
Quote Themilo 27-8-2018 03:07 PM
ye ke atokk??... hari2 berlambak-lambak ummah PRC datang buat site visit kat Forest City tuh.. salesman-salesman pun semua dari PRC..
Quote sarahmirza 27-8-2018 03:10 PM
Edited by sarahmirza at 27-8-2018 03:11 PM

I tgk kondo yang baru2 kat JB ni kebanyakannya semua nampak “murah”....
Tapi sebenarnya harga mahal namampos...
Nampak murah sebab design tak cantik... taraf rumah flat gitu...
In JB.
Quote BoLapciOus 27-8-2018 03:10 PM
tapi siyeslah nah masuk umah dlm forest city tu idokle beso mana..advantage is guarded security,gymnasium,pool,game room...beso lagi rumah zmn dulu2 tok kaduk..tp klu aku ada duit ofcuzla teringin gak nak beli..hehe
Quote spiderman80 27-8-2018 03:11 PM
Kalau warga PRC dan Singapura tidak dibenarkan membeli hartanah di Forest City, sampai kiamat pun unit-unit sana tidak terjual.
Quote Lorra2411 27-8-2018 03:12 PM
teringinnya rumah landed
Quote aechae 27-8-2018 03:14 PM
spiderman80 replied at 27-8-2018 03:11 PM
Kalau warga PRC dan Singapura tidak dibenarkan membeli hartanah di Forest City, sampai kiamat pun un ...

Sudah nya jd apa?rumah hantu?
Quote idadzira 27-8-2018 03:20 PM
spiderman80 replied at 27-8-2018 03:11 PM
Kalau warga PRC dan Singapura tidak dibenarkan membeli hartanah di Forest City, sampai kiamat pun un ...

terpaksa la jual pada local.
Pergh umah kat situ mmg mahal giler....studio unit pun dah cecah 1 juta.
Surprisingly salesgirl dia cakap phase 1 & 2 condo tu dah sold out.

Quote spiderman80 27-8-2018 03:21 PM
aechae replied at 27-8-2018 03:14 PM
Sudah nya jd apa?rumah hantu?

Mungkin pihak pemajunya iaitu Country Garden  akan mengurangkan aktiviti pelancaran fasa baharu dalam beberapa tahun ini sehingga polisi tidak membenarkan orang asing membeli hartanah di Forest City  dimansuhkan oleh kerajaan.
Kita harus terima hakikat, majoriti pembeli Forest City adalah dari China dan Singapura. Dengan harga hartanah yang di luar kemampuan rakyat kita, memang pihak pemaju akan menghadapi kesukaran menjual fasa-fasa akan datang.
Quote kucingitam 27-8-2018 03:22 PM
kalau xde sapa nak beli, ada kemungkinan harga dia turun menjunam tak?
Quote dizekni 27-8-2018 03:23 PM
Anak2 Det boleh beli borong

no hal la

boleh agih2 sesama kroni
Quote spiderman80 27-8-2018 03:29 PM
idadzira replied at 27-8-2018 03:20 PM
terpaksa la jual pada local.
Pergh umah kat situ mmg mahal giler....studio unit pun dah cecah 1  ...

Kalau rakyat kita mampu beli, tak ada hal.
Tapi kita ada banyak pilihan untuk melabur atau untuk kediaman sendiri di sekitar Iskandar atau JB. Tak semestinya nak Forest City.
Pembeli PRC minat Forest City sebab ia dibina oleh pemaju PRC dan konsep pembangunan PRC adalah PRC friendly.
Quote spiderman80 27-8-2018 03:37 PM
kucingitam replied at 27-8-2018 03:22 PM
kalau xde sapa nak beli, ada kemungkinan harga dia turun menjunam tak?

Spidey kurang pasti macam mana pasaran di Iskandar dan JB amnya dan Forest City khususnya.
Tapi kalau di Lembah Klang, kalau ada berlakunya lambakan unit hartanah tidak terjual, pihak pemaju biasanya akan melambatkan pelancaran projek atau fasa baharu sehingga situasi kembali stabil.
Pemaju Forest City selama ini cuma target kan pembeli PRC, jadi mereka sentiasa terdedah kepada faktor-faktor yang lebih global. Contohnya kerajaan PRC pernah menghadkan pengeluaran aliran tunai dari China, jadi kerajaan China cuba menghalang rakyat mereka membeli hartanah di luar negara. Pemaju Forest City terpaksa menyasarkan pembeli dari negara luar China tetapi nampaknya masih tidak dapat memecah dominasi pembeli PRC.
Quote Orix 27-8-2018 03:47 PM
aechae replied at 27-8-2018 03:14 PM
Sudah nya jd apa?rumah hantu?

Biar jah kaum kerabat family prominent selatan tu jah yg beli kihkihkih

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:55 PM GMT+8 , Processed in 0.101075 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top