Polis menahan seorang lelaki disyaki pedofilia selepas dia didakwa memaksa remaja perempuan berusia 14 tahun melakukan seks ganas (BDSM).
Memetik The Sun, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan Vladislav Kanshin, 43, mendukung mangsa keluar dari apartmennya di Moscow. Mayat Maria Kalugina kemudian ditemui di tepi jalan. Pihak berkuasa percaya Maria meninggal dunia akibat keracunan dan mengesyaki mangsa diberi dadah sebelum Kanshin melakukan serangan seksual ke atasnya.
Bagaimanapun, pasukan penyiasat masih belum mengenal pasti sama ada mangsa sudah meninggal dunia ketika dibawa keluar dari kediaman suspek. Menurut agensi berita media sosial Mash yang memetik sumber, terdapat kesan penderaan seksual pada tubuh mangsa serta kesan darah pada cadar dan sarung bantal. Hasil pemeriksaan di kediaman suspek juga menemui bekalan dadah jenis clopheline yang boleh membawa maut jika diambil bersama alkohol. Selain menunjukkan pasport palsu milik lelaki lain yang ditampal gambarnya, polis juga menemui peralatan mainan seks BDSM, tali dan Viagra. Dia juga mengaku melakukan hubungan 'seks ganas menggunakan tali' dengan mangsa dan mendakwa ibu Maria mengetahui mengenai hubungan mereka. Kanshin dilaporkan mendakwa remaja berkenaan sudah beberapa kali bermalam di rumahnya dan melakukan hubungan intim dengannya. Suspek mendakwa mangsa mengadu tidak sedap badan selepas melakukan hubungan intim. Sebaik pulang dari farmasi, suspek panik apabila mendapati remaja itu sudah tidak bernafas menyebabkan dia membawa mayat mangsa keluar dari apartmennya. Difahamkan, Kanshin sedang mencuci cadar ketika polis menyerbu kediamannya. Suspek kemudian ditahan dan kes masih dalam siasatan. - CARI
|
18
Bagus |
24
Marah |
32
Terkejut |
20
Sedih |
19
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
minguk replied at 28-8-2018 05:16 PM
tak sabar lah dia ni.. abe boleh tunggu ayu 5 tahun, dia sanggup je jadi pedo... teruk!
tumpanglalu74 replied at 28-8-2018 04:56 PM
Sape ingat kes ni? Yang last2 deme bakor tapi dia survive kejap kat hospital tapi pastu mati.. :' ...
dubuk replied at 28-8-2018 07:25 PM
berita bila ni? tak pernah nampak lagi kat channel 732..
tumpanglalu74 replied at 28-8-2018 07:36 PM
Paling taik bila pelaku2 tu sume lepeh sebab ade kabel besor kat Russia sinun tu.. Vabbikk! Ther ...
chazey replied at 28-8-2018 06:05 PM
Sis tak baca gosip ke Ayu tu dah tak dare?
aku_best replied at 28-8-2018 08:05 PM
Kat thread mana tu sis...boleh kasi link tak, iols nak baca juga jika ada...TQ sis...
ADVERTISEMENT