CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Konsert Reunion Spice Girls Bakal Jadi Nyata! Tapi Siapa Anggota Yang Tidak Akan Turut Serta?

27-2-2019 12:36 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 3886| Komen: 18|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Kumpulan pop terkenal daripada United Kingdom, Spice Girls mengesahkan konsert reunion mereka pada tahun 2019 tetapi Victoria Beckham tidak akan mengambil bahagian, menurut sumber.


Kredit Foto: E!News


Menurut akhbar The Sun, Simon Fuller,  bekas pengurus kumpulan pop wanita itu yang terdiri daripada Melanie Brown, Melanie Chisholm, Emma Bunton, Geri Halliwel dan Victoria Beckham, akan mengetuai penganjuran konsert sebanyak 13 tarikh termasuk 3 pertunjukan di Stadium Wembley. Setiap anggota Spice Girl dijangka menerima bayaran sebanyak 12 juta pounds. Sumber itu memberitahu bahawa perjanjian konsert akhirnya berjaya ditandatangani setelah proses perbincangan yang panjang.


Walau bagaimanapun, Victoria Beckham atau Posh Spice tidak akan turut serta dalam jelajah reunion itu. Walaupun tidak ada sebarang sebab diberikan Victoria, Simon Fuller memberitahu Posh Spice dari dahulu lagi tidak selesa menjadi salah seorang anggota Spice Girl. 'Victoria jarang merasa gembira ketika bersama kumpulan sehinggalah beliau keluar, berkahwin dengan David Beckham dan meluncurkan kerjaya solo '  Simon menambah.



Kredit Foto: Hello Magazine


Spice Girl berpecah pada tahun 2000 tetapi pernah mengadakan konsert reunion sekitar tahun 2007-2008. Kali terakhir mereka mengadakan persembahan bersama ialah pada penutupan Sukan Olimpik di London pada tahun 2012.


Kredit Foto: Billboard


Awal Februari tahun ini, kesemua anggota Spice Girl termasuk Victoria telah mengadakan seisi photoshot untuk sebuah penerbitan yang mengundang spekulasi; adakah Victoria boleh dipujuk untuk turut serta? Jika tidak, adakah Konsert Reunion Spice Girls tanpa Victoria akan mendapat sambutan? - CARI

7

Bagus
6

Marah
5

Terkejut
7

Sedih
5

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (35 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 27-2-2019 12:54 PM
Tapi antara ramai2 member Victoria memang tak boleh menyanyi pun kan?

Quote noraidil_06 27-2-2019 02:30 PM
Sang_Pencinta: Tapi antara ramai2 member Victoria memang tak boleh menyanyi pun kan?



Victoria itu sgt membolehkan
Quote noraidil_06 27-2-2019 02:31 PM
noraidil_06: Victoria itu sgt membolehkan



Alaaaa typo Victoria tu sgt membosankan
Quote buapakperut 27-2-2019 02:42 PM
tapi beliau takde takpe, suara biase2 je
Quote Roan 27-2-2019 02:43 PM
Aku masih dendam ngan Geri Halliwel dari zaman sekolah dialah pengkhianat keluar Spice Girl yang pertama.. ooo zaman remajaku..

Ha ha ha ha ha
Yo, I'll tell you what I want, what I really, really want
So tell me what you want, what you really, really want
I'll tell you what I want, what I really, really want
So tell me what you want, what you really, really want
I wanna, (ha) I wanna, (ha) I wanna, (ha) I wanna, (ha)
I wanna really, really, really wanna zigazig ah
If you want my future, forget my past
If you wanna get with me, better make it fast
Now don't go wasting my precious time
Get your act together we could be just fine
I'll tell you what I want, what I really, really want
So tell me what you want, what you really, really want
I wanna, (ha) I wanna, (ha) I wanna, (ha) I wanna, (ha)
I wanna really, really, really wanna zigazig ah
If you…
Quote aini_peza 27-2-2019 04:02 PM
Yg  tak terlibat mungkin dah berhijrah pakai tudung taknak seksi meksi.. Eh..silap ltu elite{:thief
Quote uori 27-2-2019 04:14 PM
aini_peza replied at 27-2-2019 04:02 PM
Yg  tak terlibat mungkin dah berhijrah pakai tudung taknak seksi meksi.. Eh..silap ltu elite{:thief

okey, ni lawak.

Quote Begbiru 27-2-2019 04:24 PM
posh tu one of selling point la...

tp suara wise, byk kat Mel C & Baby Spice rasanya...
Quote Artemesiaa 27-2-2019 04:33 PM
Ok jer kalau dia tak nak joint suara yang lain2 tu dah cukup untuk buat persembahan
Quote Sang_Pencinta 27-2-2019 08:00 PM
Roan: Aku masih dendam ngan Geri Halliwel dari zaman sekolah dialah pengkhianat keluar Spice Girl yang pertama.. ooo zaman remajaku.. Ha ha ha ha haYo ...


Amboi siap hapal lirik
Quote delia3003 27-2-2019 09:07 PM
Posh Spice ler yang paling sumbang nyanyi, suara keras kejung. Dia jugak yang nampak paling membosankan. Dia malu kot nak menari tergedik2 sebab anak2 dah besar panjang, dah kaya raya plak tu. Nak maintain posh gitu. Iols dulu minat Mel C dan Baby.
Quote gerbera.memopad 28-2-2019 11:41 AM
Kalau drg buat konsert kat Malaysia, aku akan pegi yach . Mengimbas kenangan zaman kanak2 sangat Spice Girls ni. Movie dorang yg hauk tu pun aku siap beli VCD & simpan sampai sekarang hokey

Aku suka Ginger, tak tahu apsal. Maybe aku suka redhead kut. Selain tu, of course daku menyukai Baby meski aku selalu risau baju dia pendek amat dgn tali halus tu. Selalu bimbang boobs dia terkeluar landasan

Tapi meski sependek mana pun skirt all the Spice Girls dulu, iols tak rasa any of them as sexy in a sensual mengoda way. More to cheekiness gitu. Oh my, rindu pulak nak tengok balik VCD concert depa
Quote gerbera.memopad 28-2-2019 11:43 AM
aini_peza replied at 27-2-2019 04:02 PM
Yg  tak terlibat mungkin dah berhijrah pakai tudung taknak seksi meksi.. Eh..silap ltu elite{:thief

Okey ni kelakar
Quote borrow 28-2-2019 09:53 PM
Yg lelain tu still aktif dlm bidang seni kan. Posh je yg  fokus fashion. Tak heranlah sheols prefer jd penonton jah.

Ada dgr lagu solo sheols kat utube.Ekceli nice juga sore Posh
Quote buragazz 1-3-2019 03:05 PM
Sang_Pencinta replied at 27-2-2019 12:54 PM
Tapi antara ramai2 member Victoria memang tak boleh menyanyi pun kan?

Baru nak cakap... dia memang tak leh nyanyi... memang la tak selesa...
Quote rayray28 1-3-2019 07:27 PM
Patot posh join laaa..then dpt laa pomot baju brand VB skali bukan kne nyanyi solo byk pn
Quote Juju89 6-3-2019 04:25 PM
setiap orang ada had hiburannya biarlah dia yang menentukan.
Quote sarah_ary2 6-3-2019 04:32 PM
Betul ke pernah baca pasal beckham memula suka geri halliwell then baru sangkut kat victoria?? Baca
Masa remaja kat article kat magazine

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 08:57 PM GMT+8 , Processed in 0.070973 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top