CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Senang-senang Bagi Anak Orang Pada Keluarga Angkat

29-8-2018 11:27 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2242| Komen: 6

Seorang remaja mendakwa tiga wanita dipercayai pemilik dan penjaga sebuah pusat jagaan di Bukit Beruntung, Selangor menyerahkan bayinya yang baru dilahirkan kepada keluarga angkat tanpa kerelaannya.




Memetik Harian Metro, suspek berusia antara 25 hingga 55 tahun itu ditahan semalam selepas polis menerima aduan berhubung kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai, pihaknya merampas dokumen pendaftaran pusat berkenaan serta komputer riba dan enam telefon bimbit sebagai bahan bukti siasatan.

"Pengadu yang juga pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membuat pemeriksaan di premis berkenaan dan menyelamatkan remaja perempuan berusia 17 tahun yang melahirkan bayi di pusat jagaan itu pada 20 Ogos lalu.


"Hasil pemeriksaan lanjut, pihak JKM menemui sembilan remaja perempuan mengandung di premis itu, pengadu menyelamatkan mangsa dan buat laporan polis," katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Lim, mangsa berusia 17 tahun itu berasal dari Senai, Johor dan dihantar ke pusat jagaan berkenaan selepas ibu bapanya mendapati dia hamil.

"Mangsa membuat bayaran sebanyak RM4,000. Selepas anaknya dilahirkan, mangsa gagal membuat bayaran susulan sebanyak RM5,500 kepada pihak premis itu.

"Bayi itu kemudian diserahkan kepada keluarga angkat tanpa kerelaan mangsa.

"Bayi itu dikembalikan kepada mangsa oleh keluarga angkat pada jam 12 tengah hari, semalam," katanya. - CARI
31

Bagus
28

Marah
36

Terkejut
28

Sedih
25

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (172 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chazey 29-8-2018 11:34 AM
Pusat penternakan bayi ke dek? Syukur berjaya diselamatkan. Akak kasihan bila bayangkan si ibu nangis2 bila tahu anak dah diberi pada orang. Kalau dapat kat orang yang baik, takpa. Kalau dapat kat pedo, baik mati dalam perut ja.
Quote chazey 29-8-2018 11:35 AM
Huiiiiih bayaran macam bayar pusat confinement swasta ala2 Siti Nurhaliza Filter!
Quote shernazz 29-8-2018 11:58 AM
Pusat perlindungan wanita mengandung tanpa.nikah kot ni...
Iols.penah.pegi utk.satu program di pusat begini di usj...
Mmg diberitahu bayar sekian sekian jumlah...
Kos beranak ditanggung oleh bakal.keluarga baby tu...
Xtau skang ada lagi ke tak..
Quote buragazz 29-8-2018 12:19 PM
Glamer bukit beruntung tadi kes lembaga hitam pun kat sini..
Quote prettyuglybabe 29-8-2018 01:32 PM
ke mula-mula nak bagi orang pastu bila dah lahir kata tak nak bagi pulak..
biasa yang masuk pusat gitu sebab dorang tak nak bela anak tu..
kalau dari awal nak bela sendiri, buat apa masuk pusat..
Quote chinta89 29-8-2018 03:15 PM
gila mahal bayar kos segala. eloklah sewa rumah di mana tempat org x kenal dan dekat2 nak melahirkan ibubapa g jenguk sendiri.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.054384 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top