Sekumpulan pelajar Amerika Syarikat berketurunan Asia (Asian-American) telah menyaman universiti terkemuka Harvard kerana didakwa mengamalkan diskriminasi ketika pemilihan kemasukan pelajar barunya.
Jabatan Kehakiman Amerika turut menyatakan sokongan kepada pelajar-pelajar yang menyaman universiti bertaraf Ivy League tersebut. Menurut dokumen saman tersebut, Universiti Harvard didakwa secara sistematik telah mengamalkan satu sistem bias terhadap pelajar Asian-American untuk memberi kelebihan kepada kaum lain yang kurang layak ketika pemilihan pelajar baru. Harvard dikatakan memperkenalkan beberapa kriteria baru yang abstrak dan subjektif seperti ‘personal rating’, ‘good person’, ‘widely respected’ dan ‘likeability’ untuk mengimbangi kriteria berdasarkan merit seperti markah peperiksaan dan pencapaian kurikulum. Harvard dikatakan sengaja memberikan markah rendah kepada pelajar Asian-American untuk kriteria baru ini untuk memberi kelebihan kepada pelajar kaum lain. Ini memandangkan markah peperiksaan dan pencapaian kurikulum pelajar Asian-American sangat tinggi dan tanpa kriteria baru ini, pelajar Asian-American akan memonopoli kemasukan ke Harvard. Menurut sebuah kajian dijalankan Universiti Princeton, pelajar Asian-American secara purata dipotong 50 mata daripada sistem ini dan pelajar kulit hitam mendapat +230 mata tambahan, golongan atlit (+200), Hispanik (+185), dan legasi yang mana pemohon mempunyai ibu bapa alumni (+160) . Persaingan untuk kemasukan ke Harvard sangat sengit dan setiap tahun hanya 4.6% pemohon akan diterima. Kajian dalaman Harvard pada tahun 2013 menunjukkan terdapatnya unsur bias terhadap kemasukan pelajar Asian-American, tetapi tidak mengumumkan sebarang tindakan susulan. Dokumen itu juga mendapati Harvard berbuat demikian kerana cuba menetapkan kuota (Sistem Afirmatif) untuk memberi peluang kepada pelajar keturunan kulit putih, African-American dan Hispanik. Menjawab saman tersebut itu, Harvard memberitahu New York Times bahawa berdasarkan kes saman sebelumnya yang diputuskan pada tahun 2016, mereka telah mendapat kebenaran daripada Mahkamah Agung (Supreme Court) untuk mengamalkan Sistem Afirmatif yang mana suku-kaum boleh digunakan sebagai salah satu kriteria dalam pemilihan pelajar. "Analisa kami mendapati tidak ada diskriminasi terancang terhadap Asian-American, malah kemasukan mereka telah meningkat 29% berbanding 10 tahun lalu," dakwa Harvard. Kedua-dua pihak menfailkan saman di mahkamah dan jika kes ini berlanjutan sehingga ke Mahkamah Agung, pengambilan pelajar berdasarkan kuota (Sistem Afirmatif) yang telah diamalkan oleh semua universiti di Amerika Syarikat selama berpuluh tahun akan dibicarakan sekali lagi. - CARI
|
10
Bagus |
13
Marah |
13
Terkejut |
10
Sedih |
14
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
v(T.T)v replied at 27-12-2018 02:52 AM
Belajarlah dgn Msia, letak kuota terus lagi baik.
ADVERTISEMENT