Malay Mail melaporkan, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menggugurkan kes rasuah membabitkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersama seorang ahli perniagaan, Phang Li Koon dalam pembelian banglo bawah harga pasaran.
Kedua-dua mereka telah mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara pada 6 Julai lalu. Hakim, Datuk Hadhariah Syed Ismail membuat keputusan itu setelah pihak pendakwaan bersetuju menarik semula semua pertuduhan terhadap mereka. Ketika membacakan keputusan itu Hakim Hadhariah berkata, sejak perbicaraan dijalankan seramai 25 saksi telah dipanggil dan masih terdapat 20 lagi saksi yang mungkin dipanggil memberi keterangan selepas ini. "Di mahkamah ini sepatutnya tak ada 'case installment', kena ada full stop tak boleh koma selepas kes sudah berjalan dengan 25 saksi dipanggil tiba-tiba nak tangguhkan kes seketika."
Jelas beliau, selepas mengkaji keseluruhan kes itu, kedua-dua mereka dibebaskan atas kedua-dua pertuduhan yang dihadapi tanpa perlu dipanggil semula pada masa akan datang. Sementara itu, Guan Eng semasa ditemui di luar kamar mahkamah gembira dengan keputusan tersebut. Pada Mac lalu, Guang Eng dan Li Koon mengaku tidak bersalah bagi dua pertuduhan pindaan ke atas mereka.- CARI
|
23
Bagus |
20
Marah |
19
Terkejut |
20
Sedih |
21
Lawak |
68
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
lkick2113 replied at 3-9-2018 11:19 AM
@tobby @badaksumbu
Berita menarik ni
hadibah replied at 3-9-2018 11:20 AM
salahguna kuasa
jahanam sudah malaysia ku
arnauld replied at 3-9-2018 11:12 AM
yay Malaysia balu hoyeah...mana pi rule of law hahaha hahaha hahaha
ADVERTISEMENT