Model dan pelakon Alicia Amin antara selebriti yang bersikap terbuka dan menyuarakan penerimaanya terhadap golongan Lesbian, Gay, Biseksual & Transgender (LGBT).
Terbaru, menerusi kemas kini di Insta Storynya, Alicia lantang bersuara menyatakan rasa tidak setujunya dengan hukuman enam kali sebatan dihadapan 100 orang yang dikenakan terhadap pasangan lesbian di Terengganu. Alicia menganggap tidak wajar pasangan itu disebat kerana melakukan hubungan sejenis di dalam kereta di Dungun pada April lalu. "Pihak berkuasa agama Malaysia berjaya menuduh dan menghukum dua dewasa kerana menjalin hubungan sejenis, tetapi gagal melindungi gadis berusia 11 tahun dan menjatuhkan hukuman terhadap seorang pedofil," katanya. Dalam masa sama, Alicia juga berkongsi status Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin yang turut mengulas mengenai hukuman sebat itu. Menurutnya, rakyat memerlukan ahli politik yang ada belas ihsan dan menunjukkan sokongan terhadap komuniti LGBT. Ekoran itu, Alicia dituduh mengeruhkan keadaan dengan menyebarkan perkara negatif mengenai hukuman Islam. Alicia turut berkongsi beberapa paparan skrin pendapat dan luahan hati orang lain yang tidak bersetuju dengan hukuman sebatan dijalankan termasuk daripada Ahli Parlimen Klang Charles Santiago. Marah betul Alicia Amin apabila pasangan lesbian dihukum. Ada selebriti lain turut bersuara ini yang anda tahu? - CARI
|
21
Bagus |
11
Marah |
18
Terkejut |
20
Sedih |
13
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
~boolean replied at 4-9-2018 06:35 AM
Rogol sivil,
Kes di atas shariah.
vanillaninja replied at 4-9-2018 03:16 PM
Rogol jenayah sivil. Under Penal Code. Yang tu betul.
Kes couple ni still kes jenayah, tapi jen ...
ADVERTISEMENT