CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tuang Petrol Bakar Doktor, Suspek Ditahan Polis

4-9-2018 03:34 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2064| Komen: 3

Seorang lelaki bertindak menuang petrol sebelum menyalakan api di unit urologi hospital di Georgetown, Pulau Pinang kira-kira 4.30 petang semalam.


Memetik laporan Bernama, kejadian yang berlaku di sebuah hospital swasta itu memperlihatkan seorang doktor dan tiga jururawat melecur akibat terbakar.

Kredit foto: carian internet

Menurut saksi, suspek dikatakan membawa sebotol cecair dipercayai petrol memasuki sebuah bilik di unit berkenaan dan memeluk seorang doktor lelaki yang sedang bertugas sebelum mencurah petrol pada badan mereka dan menyalakan api.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Penolong Penguasa Bomba Ismail Mohd Zain berkata, api sudah dipadamkan menggunakan alat bantuan pemadam api automatik yang dipasang di dalam bilik berkenaan sebelum anggota bomba di hospital.


Siasatan awal mendapati doktor dan tiga jururawat terbabit mengalami lecur pada muka dan badan manakala suspek pula melecur di kedua-dua belah tangan, tambahnya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaimani Che Awang yang mengesahkan kejadian itu memaklumkan suspek terbabit telah dtahan polis untuk bantu siasatan.

“Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif serta status kewarasan suspek.”
 
Difahamkan tiga jururawat yang cedera ringan itu dalam keadaan stabil manakala doktor yang mengalami kelecuran serius sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi.- CARI
13

Bagus
22

Marah
23

Terkejut
20

Sedih
23

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (115 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazida 4-9-2018 05:07 PM
Babi ya manusia skrg. Ape lah yg kau tak puas hati sgt tu
Quote hadibah 4-9-2018 05:08 PM
lai lai

mai mai

mai sini @hadibahlaba

Quote Kangkung1M 5-9-2018 07:19 AM
@admin6 @CARI-LTS

Admin,

Seperti mana anda memerlukan masa untuk membalas dan membuat siasatan aduan saya, begitu juga saya memerlukan masa untuk membalas jawapan anda. Sebab itu saya mahu thread yang telah digodam itu dibiarkan hidup.

Sekarang thread telah ditutup semula. Tidak mengapa.

Saya memudahkan kerja Admin. Setelah menjalankan siasatan sendiri, wartawan yang mengodam thread saya itu ialah @CARI-LTS dari board Isu Semasa.

Saya juga dapati ini bukanlah kali pertama wartawan CARI-LTS mengodam artikel forumer untuk diletakkan di Portal CARI.

Pernah juga forumer membuat aduan kepada Admin kerana wartawan CARI-LTS melakukan kerja-kerja pengeditan yang menghancurkan artikel mereka dengan meninggalkan sampah-sarap berupa kod HTML, tetapi Admin tidak mengambil sebarang tindakan.

Saya memudahkan kerja Admin lagi. Saya mahu wartawan CARI-LTS tampil ke depan membuat permohonan maaf secara rasmi, bukan sahaja kepada saya, tetapi juga kepada semua mangsa godaman beliau sebelum ini.

Permohonan maaf bertulis menggunakan kepala surat CARI. Selepas itu letak di semua bod yang pernah digodamnya. Pastikan pihak atasan dan editorial CARI serta superiornya turut diberikan salinan permohonan maaf tersebut.

Sekian, terima kasih.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:03 PM GMT+8 , Processed in 0.046043 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top