Seorang warga emas yang tergamak memasukkan jari di dalam kemaluan bayi 11 bulan mendapat pembalasan apabila dipenjara selama 12 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Jenayah Seksual terhadap kanak-kanak.
Hashim Karim, 68, dijatuhkan hukuman oleh Hakim Mohd Kamil Nizam selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan keji tersebut terhadap anak asuhan menantunya pada 20 Ogos lepas. Sinar Harian melaporkan, bekas pemandu lori itu melakukan hubungan sekas dengan bayi 11 bulan dengan cara memasukkan objek tumpul ke dalam kemaluan mangsa tanpa kebenaran. Kesalahan tersebut didakwa mengikut Seksyen 377 C kanun keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.
Menurut sumber lagi, pada hari kejadian, bayi malang itu berada dalam jagaan menantunya. Walau bagaimanapun, bayi tersebut ditinggalkan di bawah jagaan Hashim sementara menantunya keluar untuk urusan memperbaharui cukai kenderaan. Selepas pulang dari urusan, bayi tersebut sedang menangis dalam buaian dan terdapat ketulan darah melekat pada seluar mangsa. Lelaki itu juga mengaku kepada anaknya (suami pengasuh) bahawa dia menjolok jari kedalam kemaluan mangsa. -CARI
|
16
Bagus |
28
Marah |
25
Terkejut |
13
Sedih |
18
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mommymonster82 replied at 4-9-2018 04:48 PM
Orang tua dah celaka pengasu pon celaka bagi amanah ko yg jaga ko pulaksesuka hati tinggal kat org l ...
ADVERTISEMENT