CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hidap Kanser Esofagus, Zaibo Minta Doakan Kesembuhan

5-9-2018 03:06 PM| Diterbitkan: Cari-Nurulain| Dilihat: 12482| Komen: 73|Original author: Oleh: Ain

Pelakon veteran Zainal Ariffin Abd Hamid atau lebih dikenali sebagai Zaibo disahkan menghidap kanser esofagus (Esophageal Cancer).

Memetik Harian Metro, pelakon berusia 62 tahun itu dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB) sejak semalam bagi mendapatkan rawatan.



Kredit foto: Astro GEMPAK

"Sebelum ini saya hanya ada masalah darah tinggi dan kolesterol. Tak sangka tiba-tiba doktor mengesahkan saya kini menghidap kanser esofagus.

"Saya sebenarnya menetap di Batu Pahat, Johor. Kemasukan di HSB pun atas keputusan Hospital Batu Pahat yang merujuk kes penyakit saya ke sini.

"Terus terang saya sebenarnya terkejut dan enggan hebohkan kisah sakit ini kepada masyarakat. Itulah sebabnya saya lari daripada orang kerana tak nak ada komen-komen negatif yang dilemparkan terutama di laman sosial.


"Ia boleh membuatkan bukan saya sahaja tapi keluarga juga akan turut tertekan," katanya.

Pelakon yang dikenali menerusi siri sitkom Spanar Jaya itu turut berbesar hati sekiranya ada pihak berbaik hati memberi sumbangan untuk menanggung kos rawatannya.

"Sekiranya saya nak buat proses cepat, saya boleh ke pusat perubatan swasta iaitu Prince Court atau Subang Jaya Medical Centre (SJMC).

"Keputusan diperolehi memang cepat dan memudahkan rawatan dibuat tapi kos perlu dikeluarkan ialah RM4,000.

"Bersyukur sangat kalau ada yang dapat taja kos perubatan saya. Saya sangat-sangat menghargainya. Apatah lagi saya sendiri dah dua tahun tak berlakon dan tiada punca pendapatan lain," katanya.

Zaibo juga memohon sahabat, rakan artis dan semua peminat mendoakan segalanya dipermudahkan dan memperoleh kesihatan yang stabil. - CARI
9

Bagus
19

Marah
22

Terkejut
14

Sedih
28

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (111 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hotmak 5-9-2018 10:08 AM
alahai kesiannya, moga dipermudahkan buat beliau
Quote kucingitam 5-9-2018 10:13 AM
ya, semoga dipermudahkan.. adakah sbb tu suara dia tiba2 jadi macam serak2 gitu?
Quote beeeee 5-9-2018 10:14 AM
hemm kesian.. semoga dipermudahkan..
Quote Foxey 5-9-2018 10:16 AM
semoga dipermudahkan
Quote shahazleen 5-9-2018 10:17 AM
Suara dia mmg serak dah agk lama kan. semoga cepat sembuh
Quote Nenasketum 5-9-2018 10:28 AM
Semoga sembuh dan dipermudahkan urusan..
Quote ira_229 5-9-2018 10:28 AM
Zaibo ni nampak baik...terutama layanan terhadap anak2 tiri...semuga diberi kemudahan & kesembuhan...Aamiin.
Quote shernazz 5-9-2018 10:38 AM
Susu prosure ke...
Ayah iols.dolu masa sakit..dia minum.susu prosure...
Suke benor dia dgn perasa oren.tu...mahal.namatey...

Moga zaibo dpt rawatan.yang baik dan sembuh ya..
Quote juruterra 5-9-2018 10:38 AM
Innalillah...acik doakan pakcik zaibo cepat sembuh
Quote cascutes 5-9-2018 10:51 AM
semoga diberi kesembuhan dan dipermudahkan ... antara pelawak yg melawak x over mcm plawak mee segera skg...
Quote megan_pox 5-9-2018 10:57 AM
Ni bukan edisi terkejut ke
Quote CardiGans85 5-9-2018 11:02 AM
Semoga cepat sembuh insya Allah..lately, ramai pulak yang aku dengar kena kanser.
Quote whadda 5-9-2018 11:03 AM
nampak kurus.. moga pacik zaibo diberi kesembuhan dan dipermudahkan urusan
Quote SLAManya 5-9-2018 11:12 AM
hospital sg buloh pakar untuk kes ni, hospital ampang pakar leukemia dgn lymphoma
apa pun semoga diberi kesembuhan dan dipermudahkan oleh ALLAH SWT
sedihnya sorang2 sakit....
Quote Jajabeans 5-9-2018 11:56 AM
Bru baca kt ig de kes ppuan ni hmpir nk kna kanser esofagus sb suka mkn pedas.
Quote kiambang 5-9-2018 11:58 AM
Semoga dipermudahkan dan cepat sembuh ..
Quote CardiGans85 5-9-2018 11:59 AM
Jajabeans replied at 5-9-2018 11:56 AM
Bru baca kt ig de kes ppuan ni hmpir nk kna kanser esofagus sb suka mkn pedas.

Lagi yang saya dengar,suka makan yang di jeruk atau kuat makan masin
Quote BoLapciOus 5-9-2018 12:02 PM
semoga Allah memberi kesembuhan kpd pokcik zaibo..jiran den dlu ni..mmg baik orangnye..idok mendonia..tabahla hendaknya..
Quote kucingitam 5-9-2018 12:02 PM
Jajabeans replied at 5-9-2018 11:56 AM
Bru baca kt ig de kes ppuan ni hmpir nk kna kanser esofagus sb suka mkn pedas.

alamak..ye ke..aku suka pedas2 ni..

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:15 PM GMT+8 , Processed in 0.066466 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top