CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Vandalisma Dah Melampau

11-9-2013 03:04 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5791| Komen: 3






Kreatif nya

ALOR SETAR - Tidak sampai tiga hari selepas batu besar di Taman Negara Pulau Pinang, dekat sini, dikesan diconteng oleh individu tidak bertanggungjawab, beberapa bangunan di bandar raya ini turut mengalami nasib serupa.

Budaya vandalisme ini seakan-akan kian menjadi-jadi berikutan dianggap perkara remeh dan tidak menjejaskan kebanyakan pihak, sehingga membuatkan tindakan individu terbabit tidak lagi dapat dikawal dan makin berleluasa.

Malah, lebih teruk ada individu merosakkan harta benda awam terutamanya tandas dengan mencabut paip, membuang sampah, merosakkan pintu dan tombolnya sehingga mengakibatkan ia tidak boleh digunakan.

Tinjauan mendapati ada ‘tangan nakal’ yang sesuka hati menconteng mahupun menyembur cat dengan pelbagai bentuk lukisan dan tulisan yang mencemarkan imej bandaraya Alor Setar.

Seorang pengunjung enggan dikenali berkata, gejala menconteng termasuk perkataan ‘lucah’ terus menjadi-jadi berikutan individu terbabit kurang kesedaran dan tidak mahu ambil peduli mengenai kesannya.

“Saya sendiri pernah melihat sepasang remaja melukis bentuk ‘hati’ dan menulis nama masing-masing seolah-olah bangga berbuat sedemikian, sedangkan perbuatan itu mencacatkan pemandangan. Walaupun ditegur namun masih berdegil dan meneruskan contengan,” katanya.

Katanya, harta benda awam termasuk pintu, dinding dan tandas sering kali menjadi mangsa golongan tertentu terutamanya kumpulan remaja yang sengaja menconteng tulisan untuk menunjukkan daya kreativiti mereka.

Manakala, Tan Veen Dee, 18, berkata, dia tidak selesa untuk menggunakan beberapa tandas awam di bandar raya ini berikutan keadaan kebanyakannya tanpa tombol pintu, ‘flash’ yang rosak dan penutup mangkuk tandas dipecahkan.

Katanya, lebih menyedihkan apabila pintu tandas dipenuhi contengan tulisan individu tidak bertanggungjawab.

"Tindakan vandalisme ini bukan sahaja mencacatkan pemandangan malah menimbulkan kebimbangan kerana dikhuatiri perbuatan terbabit boleh mengundang bahaya kepada mereka.

“Sebagai contoh, apabila seorang kanak-kanak bermain dengan peralatan taman permainan yang rosak tanpa disedari mereka, berkemungkinan boleh mengalami kecederaan akibat terjatuh,” katanya.

Sementara itu, Liah Taib, 60, berkata, gejala vandalisme berkenaan akan memberi imej tidak baik kepada orang awam khususnya masyarakat, malah menimbulkan ketidakselesaan kepada mereka.

Justeru, katanya, pihak berkenaan diharap dapat memantau dan mengambil tindakan segera sebelum ia menular ke tahap lebih serius dan menyebabkan kerugian kepada semua pihak.

"Sebaiknya, semua pihak termasuk penduduk memainkan peranan tanpa meletakkan tanggungjawab menangani gejala ini di bahu satu pihak supaya ia dapat ditangani sebaik mungkin," katanya.

4

Bagus
2

Marah
8

Terkejut
2

Sedih
7

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (24 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ashk4nn 11-9-2013 12:04 PM
tulisan2 tu mmg x kenan..semak mata memandang..tp yang gamba2 tu ok je rasenye..ade jugak benda nak ditelek mase masuk "bank"
Quote azre 11-9-2013 12:24 PM
komuter boleh dikatakan 40% cerminnya retak seribu akibat dilempar batu....komuter lak made in china....
Quote pestol 12-9-2013 12:44 PM
azre posted on 11-9-2013 12:24 PM
komuter boleh dikatakan 40% cerminnya retak seribu akibat dilempar batu....komuter lak made in china ...


Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.034357 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top